Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Menunggu Beduk Berbunyi
Di dalam buku ini ada dua cerita ringkas dan kedua-duanya juga mempunyai makna tersirat iaitu “Dijemput Mamak” dan “Menunggu Beduk Berbunyi”. Setelah mendapat kata sepakat dlm perbincangan untuk menamakan judul buku ini, akhirnya Menunggu Beduk Berbunyi telah dipilih.
Dijemput Mamak apa yg boleh sy rumuskan, Hamka mengkritik pemikiran masyarakat ketika itu yg terlalu berpegang teguh pada adat sehinggakan seorang isteri perlu meletakkan suami tidak lebih daripada sanak saudara dan kaum kerabat. Kekayaan dan kebendaan adalah segala-galanya sehingga menzalimi serta menghina seseorang yg bukan dalam lingkungan taraf mereka. Musa terpaksa menelan segala kepahitan dlm hidup berumatangga atas dasar campurtangan dari keluarga isterinya. Disebabkan Musa tidak mempunyai apa-apa tidak seperti birasnya, dia dihina dan difitnah dgn teruk sehinggakan dia dan isterinya terpaksa bercerai utk meredakan ketegangan dari kedua belah pihak iaitu keluarganya dan keluarga isterinya. Walaupun sayang dan cintanya isteri Musa kepadanya sehingga sanggup bersusah senang dan bahagianya hidup mereka walaupun melarat tetapi itu semua hanyalah sementara.
Menunggu Beduk Berbunyi pula mengisahkan bagaimana Tuan Sharif menghadapi pukulan pandangan masyarakat terhadap dirinya tanpa meletakkan diri mereka dalam keadaan tersebut. Ketika era Revolusi untuk mendapatkan kemerdekaan dari Jepun dan Belanda, Tuan Sharif terpaksa memilih antara perjuangan utk meneruskan hidup dan penjuangan demi tanah air. Jika diikutkan hati, sumpah setia Tuan Sharif terhadap tanah air adalah keutamaannya tetapi pengaruh Belanda menyebabkan dia dilabel “pengkhianat” oleh masyarakat. Tuan Sharif terpaksa memilih jalan ini kerana kemelaratan hidup yg membelenggu diri dan keluarganya ketika itu sehinggakan terpaksa berlapar, tiada tempat berteduh dan tidak berganti pakaian. Surat yg diterima oleh anaknya iaitu seorang askar telah membuatkan dirinya dlm keadaan serba salah kerana anaknya bermati-matian memerangi musuh di hutan tetapi bapanya pula berpihak pd musuh.
Berminat untuk siarkan ulasan buku anda ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.
Jangan lupa untuk Like / Follow Konfess Buku di :
Facebook : Facebook.com/konfessbuku
Instagram : Instagram.com/konfessbuku
Twitter : Twitter.com/konfessbuku
#konfessbuku
#MalaysiaMembaca