Ulasan Buku : Menjadi Penulis Hebat Langkah Demi Langkah

Tajuk Buku : Menjadi Penulis Hebat Langkah demi Langkah
Penulis : Bobbi DePorter
Penterjemah : Ruwaidah Kamarudin
Terbitan : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Cetakan : Pertama (2011)

Judul asal dari buku ini adalah Quantum Writer oleh Bobbi Deporter dan diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh Ruwaidah Kamarudin. Bobbi Deporter adalah pengasas bersama SuperCamp dan presiden Quantum Learning Network (OLN) yang beribu pejabat di Oceanside, California. Beliau telah mengubah lebih dari dua juta remaja dan dewasa daripada 50 negeri dan 80 negara melalui pembelajaran secara global. Kesemua buku beliau dicetak ke dalam tujuh bahasa dan diedarkan ke seluruh dunia.

Di dalam buku ini penulis berkongsi empat formula bagaimana menulis dengan mudah, cepat dan berkesan. Empat metode yang di kongsikan penulis adalah :

1. Prime it (Aktifkan)

– Dalam bab ini penulis berkongsi dua strategi pemula iaitu strategi kluster dan tulis pantas, bagaimana mencamba idea melalui gambaran, perasaan serta merekodkannya dalam satu perkataan ke perkataan yang lain dan kemudian  mengembangkannya. 

2. Organize it (Susun)

– Dalam bab kedua ini disebut sebagai organize it (susun) di fasa ini kita sudah mempunyai bahan, hanya perlu menyusun mengikut kreativiti sebagai penulis, dalam bab dua ini, penulis juga berkongsi dua strategi bagaimana menyusun idea supaya ia selari dengan apa yang kita ingini. 

– Dua strategi itu di panggil sebagai Peta Minda dan Struktur. Tony Buzan pencipta pertama strategi ini. Kerana ia cara yang lebih baik bagi menggambarkan, mengaitkan, dan mengembangkan idea. Menurut penulis kaedah ini dipakai oleh ramai penulis profesional.

a. Peta Minda – bekerja sebagai penyusun dan membina kaitan antara isi-isi mereka tulis. 

b. Strategi Struktur – kaedah ini membantu menulis satu perenggan padat dan kaya dengan idea-idea. 

3. Write it (Tulis)

– Seperti yang kita sedia maklum memulai sesebuah tulisan adalah perkara yang sukar, namun dua cara yang telah di kongsikan di atas memudahkan kita menulis kerana kita telah mempunyai maklumat sebelum, dengan itu kita tahu bagaimana mengaktifkan minda kreatif, mencamba point utama dan melihat kaitan antara kesemua informasi yang sedia ada.

4. Wow it (Hebatkan)

– Di fasa yang di sebut Wow it (Hebatkan) ini adalah penambahan unsur Wow! dalam penulisan kita, kemudian siapkan berdasarkan tiga strategi yang telah dipelajari sebelumnya bagi menyampaikan idea yang terbaik dengan menggunakan kaedah terbaik. Dua lagi strategi yang dikongsi penulis dalam bab ini bagi menghebatkan dan menyemak ketepatan penulisan. 

a. Kreatif Wow – cara efektif menyampaikan makna kepada pembaca adalah mencipta gambaran dalam minda mereka.

b. Kritik Wow – menyemak bagi menambah atau membuang bahagian yang kurang elok bagi mencantikkan lagi penulisan. Kemungkinan terdapat kesilapan kecil yang kita terlepas pandang. Bayangkan diri sendiri seorang pengkritik bagi menilai penulisan sendiri dan boleh juga berkongsi dengan teman baik yang dipercaya untuk menyemak, kemungkinan ada pandangan dari sudut lain yang boleh diselitkan dan diperbaharui.

Banyak lagi tip dan kaedah yang pembaca boleh dapati dari buku ini, bagi pemula seperti saya membaca buku-buku sebegini serba sedikit memberi dukungan dan sebagai “guru” dalam dunia penulisan yang tentunya memerlukan ilmu dan pengetauhan yang luas.

Harapan saya semoga buku ini dapat membantu saya dan juga penulis-penulis baharu di luar sana bersinar dan menerang pada tempat yang lebih baik dari sebelumnya.

Teruskan usaha, dan mencuba. Selamat membaca!


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47