Ulasan Buku : Kisah Para Wanita Mulia

Islam sangat memuliakan wanita dan memperhatikannya dengan sebaik- baik perhatian. Dalam naungan Islam, wanita memperoleh kemuliaan dan kedudukan yang tinggi. Betapa agungnya hati yang memiliki keimanan yang teguh sekalipun diselimuti bermacam ujian hidup tetapi hatinya tetap dalam keimanan dan keikhlasan serta ketulusan hatinya tiak lenyap.

Dalam sejarah Islam telah dinukilkan srikandi-srikandi yang sama-sama berjuang dalam menegakkan syiar islam, dan peranan mereka serta pengorbanan mereka bukanlah sesuatu yang mudah sehingga boleh dilupakan begitu sahaja. Sekalipun sudah seribu tahun berlalu tetapi nama mereka masih harum dan tetap menjadi bualan sehingga ke hari ini sehinggakan kisah mereka dinukilkan oleh Allah Ta’ala di dalam Al-Quran untuk menjadi pedoman disepanjang zaman.

Wanita adalah makhluk istimewa yang memiliki peranan penting dalam kehidupan. Kemajuan dan kehancuran suatu umat banyak dipengaruhi oleh kaum wanita, wanita yang terpelihara tidak rela hanya berkata saja sampai dia padukan antara perkataan dan amal perbuatan itulah tekad yang jujur dan nasihat yang manjur.

Di dalam buku ini dinukilkan 14 kisah wanita mulia yang seharusnya menjadi ikon para wanita zaman kini, bukan sahaja keimanan yang meliputi hati mereka tetapi lebih dari itu bahkan seluruh hidup mereka dipersembahkan hanya kepada Rabb Semesta Alam dan RasulNya.

Ketika saya membaca buku ini tanpa sedar airmata berlinangan seakan- akan hanyut ke masa lalu di mana terlihat wanita-wanita yang mulia berjuang bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam demi menegakkan syiar islam. Tidak saya sangkakan buku kecil ini memberi impak pada hati yang membawa kesedaran pada minda yang penuh angan-angan namun masih sulit untuk dilakukan alangkah kerdilnya diri yang penuh dengan kelalaian dan menyia-yiakan waktu.

Di zaman kita ini apa yang diperlukan oleh seorang muslimah hanyalah istiqomah menjaga maruah dan kesucian agama tidaklah sampai mengorbankan nyawa sendiri dan ahli keluarga tetapi masih sukar untuk kita dipertahankan!. Pertanyaannya adakah kita tidak berilmu atau lahir dari generasi yang bukan berdarah pejuang?. Apapun alasannya seharusnya tidaklah melemahkan kita untuk terus mempertahankan agama Allah dan RasulNya.

Antara nama-nama wanita mulia yang diselitkan dalam buku yang hanya setebal 152 muka surat ini adalah :

  • Asiyah binti Muzahim
  • Ummul Mukminin khadijah binti khuwailid
  • Sumayyah binti khayyath
  • Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar ash-shiddiq
  • Ummul Mukminin Ummu Habibah
  • Shafiyah binti Abdul Muthalib
  • Ummu Kultsum binti Uqbah
  • Ummu sulaim binti milhan
  • Asma’ binti Abu Bakar ash-shiddiq
  • Ummu ad-Darda’ ash shughra
  • Hafshah binti Sirin
  • Mu’adzah binti Abdullah al-adawiyah
  • Ummul Banin binti Abdul Abdul Aziz bin Marwan
  • Zubaidah binti Ja’far

Buku ini seharusnya dimiliki oleh setiap muslimah agar dapat membasuh minda serta meningkatkan kecerdasan berfikir kerana di zaman ini agak sulit ditemukan wanita-wanita yang mempunyai sikap langka yang menjadikan para wanita terdahulu sebagai ikon dalam kehidupan sedangkan peribadi para wanita terdahulu sangatlah mengagumkan. Jom sama-sama kita kenali mereka agar keperibadian mereka dapat kita terapkan dalam diri masing-masing sebagai seorang muslimah sejati inshaaAllah.

Buku ini ditulis oleh Azhari Ahmad Mahmud dan diterbitkan oleh Darul Haq buku yang diterjemahkan dari judul asal iaitu Nisa’ Lahunna Mawaqif. Buku ini bole di dapati secara online di atsar online bookstore.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47