Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Kenangan-Kenanganku di Malaya
💌REVIEW💌
HAMKA menuangkan rasa cinta beliau kepada Tanah Melayu dengan penuh perasaan di dalam buku ini. Tidak ramai pembaca Hamka yang mengetahui kewujudan buku ini termasuk orang-orang Indonesia sendiri kerana buku ini dulunya diterbitkan di Singapura yg masih sebahagian dari Malaya pd tahun 1957(dicetak dlm tulisan melayu jawi. Hubungan antara kedua negara berjiran iaitu Indonesia dan Malaya ini digambarkan oleh beliau sebagai “kakak” dan “adik”.
Nama Melayu berasal dari Pulau Sumatera. Hal ini demikian kerana didalam “sejarah Melayu” ada menyebut asal usul keturunan raja-raja Melayu itu sendiri dari Palembang, Minangkabau, Singapura dan akhirnya ke Melaka. Setelah menilik asal usul Raja-Raja, mari kita tilik asal usul penduduk Semenanjung Tanah Melayu iaitu peribumi yg sebenar asli tidak ada, yg ada hanyalah orang Sakai atau Jakun. Dan selepas itu suku Minangkabau adalah yang pertama mendirikan Negeri Sembilan dengan memakai adat Perpatih Nan Sebatang. Raja Minangkabau yg pertama adalah Raja Melewar. Bahasa Minangkabau juga dari bahasa Melayu tetapi dengan pelat daerah bahkan bahasa Medan pun begitu juga kerana ia bukanlah bahasa yg berdiri sendiri melainkan Bahasa Melayu juga. Maka Hamka bertambah faham bahawasanya bahasa Minangkabau hanyalah suatu pelat bahasa Melayu sebagaimana bahasa Banjar dan Kelantan.
Asal usul nama Minangkabau pula mengenai satu dongeng yang kerbaunya menang menghadapi kerbau orang Jawa. Nama melayu pula berasal daripada negeri Jambi. Dan bahasa Melayu diguna meluas di kepulauan Melayu sejak 500 tahun lalu. Sewaktu Hamka kecil, beliau masih ingat lagi terdengar orang merantau ke Klang kerana pintu pencarian rezeki terbuka di sana. Orang yg merantau ke Klang amat jaranglah kembali pulang kerana kemewahan hidup di sana dan terbudaya jugalah pemakaian pakaian Melayu Teluk Belanga di Tanah Melayu.
Kita masuk pula bahagian cadangan nama Melayu sebelum diberikan kemerdekaan ialah Langkasuka. Langkasuka ialah nama kerajaan Hindu yg berdiri di Kedah dan ini tidak mendapat sokongan kerana ia ibarat pintu pulang kembali ke zaman jahiliah. 1956 sebelum merdeka, Tunku Abdul Rahman berjuang menjadikan agama Islam adalah agama rasmi negara Malaya yg akan merdeka. Sebahagian besar orang-orang Malaya berasal dari orang Melayu Islam yang datang dari Kepulauan Sumatera, Sulawesi, Jawa dan Kalimantan. Ini mempercepatkan lg membuka pintu bg org lain terutama kepulauan Indonesia untuk mencari penghidupan baru di Malaya. Sedikit info pula mengenai cta-cita kaum Komunis ketika itu adalah menyebarkan fahaman kebendaan iaitu Tuhan tidak wujud dan Tuhan diperbuat dan diada-adakan oleh manusia. Jangan percaya pada agama. Mereka menghapus Tuhan dan menggantikan manusia iaitu menyembah manusia dan meminta-minta tuah di kubur.
Tunku Abdul Rahman diterima oleh seluruh putera Melayu di Singapura, Melaka, Pulau Pinang untuk jd pemimpin agung kerana beliau dpt menyelami jiwa anak Melayu. Selepas kemerdekaan Sultan-Sultan Melayu telah mendirikan masjid di Semenanjung bg menampakkan bahawa negeri² di Tanah Melayu memang negeri Islam. Selepas itu bermula pulalah kebudayaan untuk diterapkan di sekeliling kebudayaan Melayu. Buday diambil dari bahasa Sanskrit iaitu Buddhi ertinya cahaya kilau kemilau dan berkilat. Baik Indonesia atau Melayu budaya kita tetap tidak lari dan seakan-akan sama kerana adapun agama tidaklah dapat dimasukkan kepada golongan kebudayaan kerana kebudayaan ialah hasil manusia menyesuaikan hidup dgn alam. Kita juga tidak digalakkan meniru budaya lain kerana bercanggahan dengan agama sebagai contoh budaya barat kerana akan menghilangkan pegangan hidup.
Bahasa Melayu telah terpakai sejak 600 tahun lalu iaitu dari kerajaan Pasai sendiri. Suatu ketika dahulu Pendeta Za’ba telah membantah seorang profesor dari Jawa untuk menghapuskan huruf “F” drpd pemakaian Bahasa Melayu sehinggalah huruf rumi yg berbunyi “saraf” misalnya perlu digantikan dengan “sarap’.
Boleh dapatkan buku ini di Jejak Tarbiah untuk tahu lebih lanjut.
Berminat untuk siarkan ulasan buku anda ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.
Jangan lupa untuk Like / Follow Konfess Buku di :
Facebook : Facebook.com/konfessbuku
Instagram : Instagram.com/konfessbuku
Twitter : Twitter.com/konfessbuku
#konfessbuku
#MalaysiaMembaca