Ulasan Buku : Jom Baca Buku

Tajuk buku : Jom Baca Buku
Penulis : Suriati Munal
Terbitan : Syahida Hassan Enterprise (SHE)
Cetakan : pertama (2020)

 “Salah satu cara memupuk tabiat suka membaca adalah dengan membuat ulasan buku. Mengulas buku bermaksud bercerita, mengkritik, memberi pendapat dan berkongsi idea tentang buku.” 

 Jom baca buku adalah sebuah buku tentang himpunan ulasan buku-buku menarik sepanjang pembacaan penulis. Untuk makluman, sebahagian ulasan dalam buku ini juga telah di muat naik di page konfess buku. Penulis muda kelahiran sabah ini bukan sahaja giat dalam berkongsi pendapat beliau tentang buku, beliau juga aktif menulis artikel di beberapa laman web seperti Jejak Tarbiah dan TZRKH.COM. Pernah menjadi salah satu pemenang pertandingan ulasan buku terbaik anjuran penerbitan Al-kutawi. 

 Pembaca dihidangkan dengan pelbagai genre ulasan buku seperti motivasi, novel, travelog, bibliofil dan buku-buku medik. Kulit buku ini juga sangat menarik dan mempersonakan. 

 Mungkin ada segelintir pembaca yang tidak memerlukan review tentang sebuah buku, tetapi bagi pendapat saya ulasan buku sangat penting dalam mempromosikan sebuah buku selain dapat memberi gambaran awal kepada pembaca ianya juga dapat membantu mempromosikan buku dengan lebih meluas. Tidak lupa juga kualiti sebuah buku dapat dinilai melalui ulasan setiap pembaca.

 Di dalam naskhah ini penulis memuatkan 40 ulasan buku beserta gambar buku, penulis juga berkongsi tip membaca agar dapat memupuk nilai-nilai suka membaca dalam kalangan masyarakat umum.

 • semak semula niat

• ketauhi genre yang diminati

• baca dua atau tiga halaman

• luangkan waktu membaca

• buat ulasan

 Terdapat beberapa buku yang menarik perhatian saya, yang perlu saya tambah dalam senarai bacaan tahun ini. Terima kasih kepada penulis kerana menjadi asbab menemukan buku-buku menarik yang saya terlepas pandang sebelum ini.

 Dengan adanya ulasan buku sebegini memudahkan pembaca mencari buku-buku yang sesuai dan bermanfaat dan dapat menghindari pembaziran akibat tersalah beli buku yang perlu di elak baca terutamanya bagi kalangan anak-anak remaja.

 Naskhah ini boleh didapati dengan menghubungi penulis sendiri di akaun facebook beliau Syuhara Suriati. Dapatkan segera sementara stok masih ada!

 Jom beli dan baca buku, selamat mengembara.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47