Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Ikigai: The Japanese Secret To A Long And Happy Life
🏞️REVIEW🏞️
Saya tertarik dengan buku ini sejak ianya mula hangat diperkatakan di mana² sahaja tidak kira melalui platform instagram mahupun facebook. Oleh itu, saya terus membuat keputusan untuk membacanya.
Ikigai ialah konsep masyarakat Jepun yang bermaksud “alasan untuk menjadikan” hidup lebih panjang dan berharga malah positif apabila bangun setiap pagi untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna, berguna dan mempunyai tujuan untuk sesuatu yang kita perlukan dalam hidup.
Ada 4 kunci untuk menjalani hidup dgn penuh bermakna dan saya akan ulaskan secara ringkas sahaja:
👑 Mengamalkan diet yang sihat. Diet yang sihat bukankah diet yang memberi maksud untuk menurunkan berat badan.
-Ianya bermaksud konsep makan sebelum kenyang seperti yang dianjurkan dalam Islam oleh nabi kita.
-Alternatif lain pula, makan apa yang disukai selama 5 hari dan kurangkan kalori yang biasa kita ambil untuk 2 harinya pula.
-amalkan meminum teh hijau sebagai anti oksida bahkan mempunyai pelbagai lagi kebaikan yang perlu kita tahu.
-seterusnya kurangkan gula dalam setiap makanan dan minuman yang kita ambil.
-lebihkan memakan sayur-sayuran yang sihat.
👑 Pengamalan senaman yang seimbang iaitu minda dan badan
👉 Senaman Minda boleh membuatkan kita sentiasa awet muda kerana minda yg sihat adalah minda dgn cara kita berfikir dan menangani sesuatu
-belajar sesuatu yang baru setiap hari
-berinteraksi dengan bermacam jenis manusia bagi menguatkan ingatan untuk mengingati nama mereka dll.
-bermain permainan yang menguji minda seperti puzzle, sudoku dan teka silang kata.
👉 Senaman badan pula merangkumi pergerakan tubuh badan tanpa hanya duduk bersahaja
-bermain bersama kanak-kanak untuk merangsang minda dan juga tubuh badan
-mengamalkan tidur yg mencukupi
-jika sesuatu tempat itu mempunyai tangga, kurangkan penggunaan eskalator atau lift.
👑 Cari tujuan hidup untuk kehidupan yg lebih bermakna
-berhenti hidup di dalam ketakutan, kekosongan bahkan kekecewaan jika tiada sebab yang kukuh
-teruskan kehidupan di atas landasannya dan tidak perlu merisaukan perkara yang mungkin tidak akan terjadi.
-tahu apa yg dilakukan, bagaimana ingin melakukan sesuatu, dan tidak menyebabkan kita berada dalam keadaan tertekan
-sentiasa senyum dan kurangkan mengeluh kerana setiap pekerjaan pasti ada jalan penyelesaiannya.
Berminat untuk siarkan ulasan buku anda ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.
Jangan lupa untuk Like / Follow Konfess Buku di :
Facebook : Facebook.com/konfessbuku
Instagram : Instagram.com/konfessbuku
Twitter : Twitter.com/konfessbuku
#konfessbuku
#MalaysiaMembaca