Ulasan Buku : Dasyatnya Bahaya Lisan Wanita

Tajuk Buku : Dasyatnya bahaya Lisan Wanita
Penulis Asal : Syaikh Nada Abu Ahmad
Penterjemah : Umar Mujtahid
Cetakan : keempat (2021)

Seorang musimah seharusnya memerhatikan apa yang diucapkan, menjaga tutur kata ataupun lebih baik diam agar tidak mendatangkan mudharat yang lebih besar.

Buku yang sarat dengan hadis dan ayat-ayat Al-Quran berkenaan celaan keatas orang-orang yang tidak menjaga lisan, baik itu mencela atau merendahkan orang lain dengan panggilan yang buruk atau sengaja menghina.

Disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari, diriwayatkan dari hadis Abdullah bin Amr, ia berkata Rasulullah SAW bersabda :

“Orang muslim adalah orang yang kaum muslimin lainnya selamat dari gangguan lisan dan tangannya, dan orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan larangan Allah.”

Kerana itu, Nabi SAW menjanjikan syurga bagi orang yang mengekang lidahnya selain untuk kebaikan.

Bukhari meriwayatkan dari sahl bin Sa’ad, Nabi SAW bersabda :

“Barangsiapa mau menjamin untukku sesuatu yang ada di antara dua rahangnya(lisan) dan yang ada di antara dua kakinya(kemaluan), aku menjamin syurga untuknya.”

Muslim yang sejati tidak menuturkan kecuali kebaikan, berusaha menjauhi semua bentuk ucapan tercela yang dapat menjerumuskan dan merugikan diri sendiri di hari penghitungan kelak.

Buku ini, sedikit sebanyak memberi penjelasan kepada pembaca tentang ucapan-ucapan yang berbaur kesyirikan dan kekufuran, yang mungkin tanpa kita sedari sering terucap tanpa sedar dalam keadaan emosi yang tidak terkawal, ataupun mungkin juga kerana kurangnya ilmu pengetauhan.

Kerana itu, saya sangat menyarankan setiap rumah memiliki buku sederhana tetapi sangat bernilai ini.

Semoga bermanfaat, dan selamat membaca!


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47