Ulasan Buku : Buku Pink & Buku Pink 2.0

Sebut sahaja Buku Pink kita akan terus terbayang ‘oh..ini buku kad pengenalan hamil atau rekod kesihatan ibu’. Ramai juga tertanya-tanya disebalik tema ‘Buku Pink’. Naskhah ini terdiri daripada himpunan tulisan jururawat dan pegawai perubatan. Mereka ialah,

Dr. Nur Hanisah
Dr. Ilham Alia
Dr. Aimi Rahayu
Dr Ainul Arina
Dr. Muhammad Izzat
Dr. Suhaidin Cheh Ngah
Dr. Nur Akmal Ismail
Dr. Fahd Razy
SN Ronalizawati Hamzah
JM Rosnawati Hamzah
JM Harmuny
JM Norhasidah Abd Razak

Buku Pink & Buku Pink 2.0 (memenangi Anugerah Buku Negara 2019) buat pertama kalinya dihadiahkan kepada masyarakat pastinya sesuai dibaca bagi pasangan yang telah berkahwin dan mengidamkan cahaya mata, wanita sedang mengandung dan melahirkan anak. Buku ini perlu berada ditangan sebagai persediaan awal dan akhir buat ibu-ibu hamil.

Secara detailnya kita akan disajikan pelbagai bentuk ilmu kesihatan antaranya,

1- Pengenalan Buku Rekod Kesihatan Ibu. Ibu yang didapati positif hamil akan diminta membuka buku pink untuk didaftarkan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Garis panduan mengenai butir-butir diri yang perlu diisi dan dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran kehamilan akan dimaklumkan disini.

2- Review ringkas untuk lebih mengenali isi kandungan Buku Pink akan menemui anda dalam slot ‘Kenali Buku Pink : Bersama Dr Alia’. Pembaca akan dipandu berkenalan dengan beberapa perkataan seperti yang tertera pada kulit buku rekod kesihatan ibu hamil antaranya THA (LNMP) tarikh haid akhir (Last Normal Menstrual Period), TAL (EDD) tarikh anggaran lahir (Estimated Date of Delivery) carta tumbesaran bayi, graf pemantauan tekanan darah pada halaman muka surat semuanya akan diberi penjelasan satu persatu supaya ibu-ibu mengandung lebih bersedia.

3- Dialog petugas kesihatan dengan pesakit beserta ilutrasi mencuit hati membincangkan kes-kes semasa ibu-ibu mengandung dan bersalin yang kerap berlaku disekitar kita bermacam ragam celoteh dan adegan sedih, marah, lawak jenaka. Walaupun demikian, disebalik dialog tersebut ada nasihat dan pengajaran yang perlu diambil kira. Contohnya pesakit ditegur kerana tidak mengambil asid folic, walhal asid folic mampu mencegah kecacatan tiub neural kepada janin.

4- Catatan tambahan daripada penulis jemputan iaitu Dr. Suhaidin Che Ngah & Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak berkaitan info sakit puan dipaparkan pada setiap kesimpulan tajuk sebagai penyelesaian masalah. Kedua mereka banyak menjelaskan bagaimana mengatasi sekiranya risiko dan komplikasi berlaku semasa proses kehamilan dan beberapa perkara lagi yang berhubung kait.

5- Kupasan Isu semasa daripada panelis jemputan khas iaitu Prof Dr. Imelda Balchin seperti Isu Doula, Prof Datuk Dr Halina Halizah Siraj seperti ‘Mengapa ada doktor lelaki yang mengambil jurusan O&G sebagai bidang kepakarannya?’ dan perkongsian pengalaman Dr. Sakinah Sulong sepanjang mengendalikan kes Denggi, HIV dikalangan wanita hamil.

6- Jorgan Buku Pink atau glosari. Bilangan perkataan yang selalu diguna pakai semasa rawatan memudahkan pesakit mengetahui bahasa perubatan beserta maksudnya. Contohnya Ante-Natal (kes-kes sebelum kelahiran), Post-Natal (kes-kes selepas kelahiran), Haemoglobin (sel darah merah).

7- Mitos Buku Pink. Kepercayaan karut ibu-ibu mengandung dan melahirkan sering diamalkan orang ramai. Sebagai contoh, minum kopi akan menyebabkan anak menjadi hitam. Minum soya bayi dikandungkan menjadi putih. Namun, sepanjang kajian ianya tidak dapat dibuktikan.

Kehadiran buku pink telah banyak membantu mengatasi masalah seorang ibu yang sebelumnya tidak menghiraukan kesihatan diri dan bayi dalam kandungan kini lebih cakna memantau pergerakan, serius mengambil ubat-ubatan yang dibenarkan dan menerima nasihat daripada petugas kesihatan.

Apa yang dilakukan oleh misi & doktor merupakan tanggungjawab berat bagi memastikan pesakit menerima rawatan dengan betul. Selain memperolehi ilmu bermanfaat kita telah mengetahui pengalaman demi pengalaman mereka sepanjang bertugas menyelamatkan nyawa di dewan bersalin.

Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan Buku Pink & Buku Pink 2.0 menerusi facebook Katar-Pilar Books, instagram katapilarbooks, twitter katarpilar books. Setiap naskhah berharga 26 Ringgit Malaysia.

Selamat membaca!


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Syuhara Suriati
Syuhara Suriati

Penulis artikel, antologi dan anekdot.🌷Isteri suri membaca dan menulis 🌷

Articles: 67