Ulasan Buku : Breathe

Buku Breath karya Dr. Beni Rusani ini ialah novel pendek berbahasa Inggeris terbitan Whitecoat.. Penggunaan tatabahasa yang ringkas dan tidak terlalu sukar untuk difahami sangat sesuai untuk dibaca pada setiap lapisan umur. Melalui cerita ini, Dr. Beni merungkai kisah disebalik kot putih dan kehidupan seorang doktor yang tidak ramai yang tahu.

Like you are going to meet your maker”

Suara Torrence bergema ditelinganya mengimbau kembali suasana ketika dia pertama kali menjadi pelajar perubatan 20 tahun yang lepas.Pagi yang hening itu menyaksikan sendiri dunianya berubah 180 darjah. Dr. Adam, seorang pakar jantung, menyelusuri kisah silamnya untuk mendapatkan peluang kedua. Dia hanya punya dua pilihan ketika itu, samaada masa akan meletakkan nokhtah kepada kisahnya, atau dia masih berpeluang menjadi perantara penyambung kisah hidup pesakitnya, sepertimana dia lakukan sebelum ini.

Mampukah dia meletakkan kepercayaan yang sama sepertimana pesakitnya meletakkan kepercayaan yang tinggi kepadanya?

Oh you’re on the right track all right”. Mad Doc smiled thinly, “ but for all the wrong reason”

Disebalik megahnya kot putih dan stetoskop di leher, dipandang tinggi oleh masyarakat, Dr. Beni Rusani menghidangkan kisah disebalik pahit jerih perjalanan menjadi seorang doktor. Dimata umum, menjadi seorang doktor adalah impian setiap anak muda, menjadi harapan setiap ibu-bapa, namun tidak ramai yang tahu pengorbanan sebenar bergelar pengamal perubatan. Pengorbanan emosi dan fizikal diuji,hingga ada yang berhenti ditengah jalan, ada yang mengalami masalah kesihatan mental. Jika ingin menjadi seorang doktor kerana wang, maka pengamal perubatan bukanlah profesion yang benar untuk diceburi.

Jadi,

Selamat datang ke dunia sebenar, seorang doktor.

To enter the light, you have to let go of your past”

Perkara yang paling sukar dilakukan oleh seseorang manusia itu ialah untuk melepaskan segala masa silam yang menyebabkan seseorang itu terbelenggu dan tidak mampu meninggalkan kisah lama. Mad Doc, Dr. Adam dan Julia membawa  pembaca merasai betapa pedihnya terikat dengan masa silam.Betapa Mad Doc tidak mampu menahan kekecewaannya buat kali kedua ketika Nadia tidak dapat diselamatkan semasa dibawah jagaannya, dan perasaan itu bertambah buruk apabila peristiwa  itu membuatkan dia dihantui memori buruk tentang kehilangan anaknya dengan cara yang sama. Kita juga dapat melihat bagaimana Dr. Adam hampir berputus asa apabila dia hampir tidak mampu menyelamatkan pesakitnya pada ketika hari pertama dia menjadi doktor pelatih.Manakala Julia masih tidak mampu melupakan cinta pertamanya walaupun ketika itu  dia bersama dengan Dr. Adam.

Untuk melepaskan dan melangkah kesisi kehidupan yang baru tanpa tercalit dengan kenangan silam itu susah. Kerana sifat manusia itu juga yang seringkali mengorek luka lama sendiri lalu berdarah kembali.

Akhirnya Dr. Adam juga sendiri perlu melepaskan semua kisah silamnya untuk dia mendapatkan peluang kedua. Tapi bukan mudah. Dan ia memerlukan jiwa yang kuat dan kental. Apakah Dr. Adam mampu ?

“ Forgiving others seemed easy while forgiving yourself is hard”

Dr. Beni membawa pembaca menghayati norma seorang manusia yang sering kali bertindak tidak adil terhadap diri sendiri. Apabila kita tidak mampu mencapai kemahuan seperti yang kita tetapkan kita mulai menyalahkan diri sendiri. Contoh yang  dapat lihat melalui watak Mad Doc, apabila dia berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa pesakitnya tetapi tidak berjaya lantas dia tertekan. Sedangkan kegagalan tersebut bukanlah kerana dirinya.Kekesalan yang dia ratapi sehingga dia mengambil keputusan untuk berhenti.

Kadang-kadang manusia itu lupa takdir Tuhan itu lebih besar dari usaha manusia walau sehebat mana manusia itu mencuba.Manusia itu juga seringkali menghukumi diri sendiri atas takdir Tuhan sehingga membawa keburukan dan berputus asa padahal itu adalah luar dari kawalan manusia.

Peluang kedua.

Tuhan itu tidak kejam dan tidak pernah kejam. Kadangkala segala perjalanan hidup yang Dia sudah aturkan itu semata untuk masa hadapan yang lebih baik. Bagaimana Mad Doc berubah di hujung cerita. Bagaimana detik menuju kematian Dr. Adam sebenarnya membuka peluang yang baru terhadap dirinya dan juga Julia. Bagaiamana juga detik kematian itu sebenarnya adalah untuk Dr Adam, melepaskan diri dari segala kisah silamnya.

Dan sentiasalah berbuat baik kepada sesiapa sahaja walau dalam sekecil-kevil perkara. Seorang doktor mungkin lupa akan pesakitnya tetpai seorang pesakit tidak akan melupakan kebaikan doktornya Kebaikan yang kita lakukan mungkin tidak akan dibayar dengan wang tunai, tetapi Tuhan akan membalas dengan sesuatu yang lebih berharga, contohnya Dr. Adam, diberi “nyawa” kedua.

Novel ini bermain dengan emosi dan jalan cerita yang lain dari biasa.Tidak sukar untuk memahami gaya bahasa yang disampaikan tetapi bagi yang bukan dari latarbelakang perubatan, penulis banyak menggunakan perkataan dari perubatan dan memerlukan pembaca untuk mencari dengan lebih lanjut jika ingin memahami situasi yang diceritakan. Secara kesimpulannya, novel ini sesuai untuk semua peringkat umur, terutama kepada adik-adik yang berazam menjadi seorang doktor.

Diulas oleh Nur Atila Binti Ibrahim


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nur Atila Ibrahim
Nur Atila Ibrahim
Articles: 2