Ulasan Buku : Bijak Merancang Wang

Buku Bijak Merancang Wang (BMW) merupakan kesinambungan modul latihan seminar pengurusan kewangan yang dijalankan oleh penulisnya. Saya mengikuti bengkel tersebut, mendapati idea dan konsep penerbitan buku ini sebagai avant garde. Jarang kita membeli buku yang berinteraksi dengan pembacanya. Tidak keterlaluan jika saya katakana, “Buku ini sedang bercakap dengan kita.” Masakan tidak? Untuk meneruskan sebahagian pembacaan, pembaca perlu menyelesaikan tugasan mudah yang berkait rapat dengan perkara yang dibincang dalam buku ini.

                Saya percaya pembaca buku ini bersetuju bahawa persembahan buku ini lain dari yang lain kerana dicetak tulisan berwarna dan ilustrasi menarik. Buku ini merangkumi tiga bahagian iaitu Kita Set Minda Kewangan, Modul Infaq: Pengenalan Kepada 7 Modul Infaq, dan Pelan Tindakan. Infaq mewakili syarikat perundingan kewangan yang diasaskan oleh saudara Afyan Mat Rawi.

                Kekuatan buku ini terletak pada idea dalam bahagian dua iaitu Modul Infaq: Pengenalan Kepada 7 Modul Infaq. Bahagian ini boleh dikatakan sebagai tulang belakang buku BMW. Perkara yang ditekankan dalam bahagian dua seperti berikut:

1.       Pengurusan Aliran Tunai (Cash Flow)

2.       Pengurusan Aset Bersih (Net Worth)

3.       Simpanan (Saving)

4.       Perlindungan (Protection)

5.       Pelaburan (Investment)

6.       Penyucian (Purification)

7.       Pewarisan (Inheritance)

Ayuh, miliki buku BMW yang menempa rekod tempahan sebelum cetakan (pre-order) hampir 1000 naskhah. Buku dengan 326 halaman ini boleh dibeli secara online melalui penulisnya di www.bukuBMW.com atau www.ptps.com.my atau ejen-ejen yang dilantik.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Default image
hanafiisa
Penulis dengan nama pena Naimisa Yusof.
Articles: 1