Ulasan Buku : Biar Susah Asal Lillah

Pada mulanya saya ingatkan, seller tersalah hantar buku reject kepada saya. Setelah dibelek-belek barulah saya faham, rupanya naskhah ini mengandungi dua tajuk dalam satu naskhah. Pertama kali jumpa, sebab itu saya agak terkejut pada mulanya.

Penulis menggabungkan dua tajuk dalam naskhah iaitu, Biar susah asal lillah dan Biar susah asal berkah. Berdasarkan tajuk pastinya pembaca sudah dapat menghidu, corak penulisan yang terkandung dalam naskhah ini bukan?

Bagi saya, secara peribadi. Saya tidak mengenali dan tidak pernah membaca karya Dwi Suwiknyo, kerana itu saya tidak dapat membayangkan corak penulisan beliau. Karya ini adalah karya pertama beliau yang saya baca. Apa yang dapat saya pastikan pemilik nama Dwi Suwiknyo pastinya penulis dari negara seberang iaitu indonesia. (Kerana hanya orang indonesia memiliki nama unik sebegini..hehe)

Penulis mulai dikenali oleh pembaca di Malaysia setelah karya bertajuk Siri Kembara Menuju Allah bersama Ustazah Asma Harun laris di pasaran pada tahun 2020. Di susuli pula dengan karya kedua beliau bertajuk Ubah Lelah Jadi Lillah, juga mendapat tempat di hati pembaca di Malaysia. Karya beliau juga turut diterjemahkan di beberapa negara lainnya termasuk Brunei Darussalam dan Singapura.

Naskhah ini adalah karya yang memberi satu perasaan menyenangkan kepada saya selaku pembaca, mungkin kerana gaya penulisan yang santai dan juga berkisarkan tentang kehidupan yang kebiasaannya di alami oleh sesiapa sahaja di atas muka bumi ini. Sama ada berkaitan tentang taraf hidup, perasaan dan tanggungjawap. Yang saya kira mengumpul keseluruhan terkait kehidupan sebagai manusia dan hamba-Nya.

Di mana, nikmat syukur yang diingkari, amanah yang dikhianati, perasaan dan emosi yang tersakiti dan dibebani oleh pemikiran manusia yang mengejar sesuatu yang tidak pantas untuk dimiliki. Beberapa soalan penulis kepada pembaca yang boleh pembaca jawap di lampiran yang telah disediakan. Mungkin sedikit sebanyak memahamkan pembaca, tentang sesuatu yang kita terlepas pandang sebelumnya.

Pentingnya seorang manusia menyakini, bergantung harap dan menumpahkan segala bentuk keinginan dan doa hanya kepada Sang Pencipta, kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar setiap rintihan, setiap kepayahan hamba-hamba-Nya. Penulisan yang mengajar untuk menelaah diri dan mengenal Sang Pencipta kerana kebutuhan setiap manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Proses memujuk diri untuk taat, untuk redha, untuk ikhlas dengan setiap ujian dan ketetapan Allah SWT. Begitu mudah pembaca serap dan hadam, kerana begitu dekat di hati dan kehidupan setiap orang. Saya umpamakan seperti mempunyai corak yang sama walaupun dialami oleh orang yang berbeza.

Sapaan yang begitu lembut, tetapi sampai kepada saya sebagai pembaca.

Selamat membaca dan menikmati!

 


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47