Ulasan Buku : Bersyukurlah Kerana-Nya

Tinta penulis begitu lembut menyusun kata-kata sehingga menusuk ke hati, dan mulai mempersoalkan diri, seberapa besar nikmat yang telah dimiliki tanpa disedari. Sejujurnya kadangkala kita turut berkeluh kesah padahal di sisi yang berbeza ada orang-orang yang hidupnya lebih tidak berdaya. Dan nikmat yang sedikit itupun disyukuri berbanding kita yang memiliki terlalu banyak nikmat sehingga membutakan mata hati.

Penulis memperlihatkan kepada pembaca sisi nikmat yang selalu dilupa untuk disyukuri. Dalam banyak keadaan ramai orang berlumba-lumba untuk mencapai level yang lebih tinggi berbanding orang lain tanpa berfikir tentang nikmat yang telah dimiliki.

Kealphaan dan sikap sambil lewa melalaikan manusia, akhirnya keluh kesah yang selalu di ungkapkan apabila menghadapi sedikit kesukaran dan ujian hidup. Sedangkan terlalu banyak nikmat yang Allah berikan  tanpa diminta bayaran.

Beberapa kisah yang dikongsi oleh penulis untuk direnungi dan di ambil ibrah, ada satu kisah yang membuat saya tertarik iaitu kisah anak muda yang tidak dapat berjalan, akhirnya dengan kekurangnya itu menjadi asbab dia dapat menghafal Al-Quran pada usia muda, kerana sekiranya dia tidak mempunyai kecacatan tentu dia tidak memiliki waktu untuk menghafal kerana sibuk dengan aktiviti harian, tetapi dengan keadaan tidak dapat bergerak seperti orang lain mendorongnya untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran, sehingga mampu menghafal seluruhnya. Begitu ironinya hidup, setiap kesukaran yang terjadi pasti beroleh hikmah yang besar yang telah Allah persiapkan.

Bukan sahaja kita perlu bersyukur tetapi selalulah lafazkan kalimat Alhamdulillah, sebagai tanda berterima kasih kepada Allah. Dua topik inilah yang menjadi inti dalam naskhah ini, pertama penulis mengajar merenungi nikmat yang Allah berikan agar kita bersyukur dan yang kedua penulis mengajak agar selalu berterima kasih untuk setiap nikmat yang kita dapatkan. Ini kerana bersyukur lalu berterima kasih dengan memuji pemberi nikmat dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.

Melihat untuk merenungi agar memahami erti syukur dan merasai kesenangan dan memiliki mengajar kita  mengucapkan terima kasih. Dua perkara yang seharusnya tidak kita lupakan.

Semoga naskhah ini mampu menjentik hati-hati kita untuk memuhasabah diri untuk menjadi lebih baik lagi.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47