Ulasan Buku : Berbicara tentang Perempuan

Naskhah berbicara tentang wanita oleh Prof Hamka terbitan Jejak Tarbiah ini membawa satu kelainan berbanding naskhah asal terbitan Gema Insani.

Penambahbaikan dari segi bahasa yang lebih tersusun dan mudah difahami, terdapat juga nota kaki yang menjelaskan berkenaan status hadis dan makna perkataan langka yang jarang didengar secara tidak langsung memudahkan bacaan. 

Tarikan utama tentang buku ini selain kulit buku yang memukau adalah isi kandungannya yang menjadikan buku ini begitu menarik dan mempengaruhi mata yang memandang untuk memiliki seterusnya menjamah dengan sepuasnya. 

Antara yang dapat disimpulkan dari naskhah ini ada beberapa perkara : 

1. Keutamaan seorang wanita dalam islam, bagaimana islam datang mengangkat darjat wanita dan melindungi hak-hak mereka secara keseluruhan dan mengembalikan kehormatan mereka pada tempat yang sepatutnya. 

2. Memberi solusi dan panduan hidup berkaitan permasalah seputar diri  setiap wanita. 

3. Islam memperlihatkan betapa peranan seorang wanita begitu besar dalam intitusi kekeluargaan, sehingga dapat digambarkan kejayaan suatu generasi akan datang terletak atas bahu seorang wanita. 

Dalam islam seorang wanita muslimah bukanlah hanya perlu terperuk dan terkurung di dalam rumahnya tanpa perlu menuntut ilmu, kerana membina generasi muda tentunya perlukan ilmu pengetahuan dan seorang wanita haruslah mempersiapkan diri mereka dari pelbagai sudut, agar tahu bagaimana acuan yang benar dan seharusnya digunakan untuk membentuk generasi muda-mudi yang tangguh membela agama dan kental jati dirinya.

Setiap wanita islam perlu sedar bagaimana islam datang membawa cahaya ditengah kegelapan, meyelamatkan dan mengangkat martabat wanita sekaligus memerdekakan wanita dari penghambaan jahiliah. Kesedaran ini yang seharusnya dipupuk dalam diri setiap wanita muslimah agar jangan hilang jati diri, jangan hilang peribadi, jangan mudah terpedaya dengan arus modenasasi yang seakan-akan melenyapkan keperibadian wanita muslimah sejati.

Semoga karya-karya sebegini semakin subur dan membuka minda anak-anak muda. 

Miliki segera dan selamat membaca!

 


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47