Ulasan Buku : Be Solehah

Be Solehah karya Suriati Munal atau nama pena beliau Syuhara Suriati yang juga salah seorang pengulas buku di konfess buku sejak beberapa tahun yang lalu. Kegigihan ibu muda ini dalam berkongsi penulisan bermanfaat buat wanita muslimah di luar sana sangat menginpirasikan. 

Selepas buku sulung beliau yang bertemakan wanita dan motivasi berjudul 32 Tip Muslimah Meraih Pahala di Dunia dan Akhirat, kini dengan tema yang sama dihadapkan ke tangan pembaca sekali lagi dengan judul Be Solehah. Dua tajuk berbeza tetapi mempunyai kesinambungan dan nasihat yang sama iaitu, mendidik dan memberi kefahaman kepada wanita tentang kewajipan dan tanggungjawap yang seharusnya menjadi keutamaan seorang wanita muslimah meraih kehidupan dunia lebih-lebih lagi kehidupan hari akhirat kelak.

Selaku pembaca dan peminat buku bukan fiksyen, lebih-lebih lagi buku ilmiah yang membahaskan tentang syariat terkait kehidupan seorang wanita, sebetulnya amat jarang kita dapati penulisan yang menggunakan bahasa yang mudah difahami tanpa perlu berfikir panjang tentang istilah baharu yang ditemui semasa membaca.

Satu kelebihan yang terdapat didalam buku Be Solehah adalah penulis menggunakan laras bahasa yang sangat mudah dibaca, difahami dan sekaligus mudah dihadam oleh minda, membahaskan topik semasa yang melanda kaum wanita zaman kini dengan pelbagai pengaruh negatif yang pastinya memberi impak kepada jati diri seorang muslimah.

Sasaran yang diletakkan penulis sudah pastinya adalah golongan anak-anak muda remaja dan ibu bapa, dalam membendung gejala sosial yang begitu berleluasa mutakhir ini, kebimbangan akan generasi muda mudi yang hanyut di pentas dunia yang mengasikkan sesesuatu yang perlu difikirkan. Dengan itu penulis mengajak dan menyeru agar semua wanita muslimah menimba ilmu, kerana dengan ilmu pengetahuan dapat membentengi diri dari terpesong dan terus hanyut di buai mimpi dunia yang melalaikan.

Usaha yang perlu dicontohi dalam memberi kesedaran kepada masyarakat, terutama untuk setiap wanita agar mengukuhkan sifat malu dalam diri masing-masing. 

 

Jadilah wanita yang terbaik dengan menampilkan akhlak yang terpuji. Wanita berilmu, wanita bijaksana!

 

Jemput dapatkan segera sementara stok masih ada, boleh terus berhubung dengan penulis di facebook beliau Syuhara Suriati, selamat membaca!


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47