Ulasan Buku : Aisyah Humairah

Buku sederhana ini menceritakan tentang kisah hidup Ummul Mukminin Aisyah Radhiyallahu’anha tulisan Ku Muhammad Asmadi  Ku Mohd Saad dan Nor Syahida Ahmad diterbitkan oleh Mustread Sdh.Bhd berharga rm15.90 sahaja dan mengandungi 124 muka surat.

Buku ini sangat sesuai bagi pemula yang baru berjinak-jinak ingin mengetauhi kisah hidup isteri kesayangan Baginda Shallallahu’alihi Wasallam, didalam buku ini tidaklah diceritakan secara menyeluruh mengenai kisah hidup Ummul Mukminin Aisyah Radhiyallallahu’anha tetapi hanyalah ringkasan sahaja namun sangat sesuai untuk pengetauhan umum khususnya untuk pendedahan awal kepada anak-anak sedari kecil. Tidak berat, bahkan susunan ayat dan perkataan yang mudah dihadam dan sangat menarik untuk dibaca semua peringkat umur.

Penulis memulai dengan topik Islam dan wanita untuk  memberi kefahaman kepada pembaca tentang perbezaan martabat wanita sebelum datangnya Islam dan sesudah tertegaknya syariat Islam, diteruskan dengan kisah ringkas hidup Aisyah Radhiyallallahu’anha dari zaman kanak-kanak sehingga bergelar istri dan seterusnya menjadi tokoh ilmuan tersohor. Di akhir buku ini diselitkan tips-tips rumahtangga dan pesanan buat para istri solehah.

Penulisan ilmiah yang sangat bermanfaat untuk disebarluaskan kepada ummat. Agar lebih ramai yang cekna tentang sejarah kisah hidup idola wanita muslimah yang kisahnya terpahat didalam sejarah islam salah satunya ialah Ummul Mukminin Aisyah Radhiyallallahu’anha dan seharusnya menjadi Ikon untuk generasi wanita islam sepanjang zaman.

Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buat anak-anak remaja perempuan ketika ini kerana selain isi kandungannya yang bermanfaat cover buku juga sangat menarik perhatian anak-anak muda masa kini.

 Jom miliki dan nilailah sendiri!


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47