Ulasan Buku : Ada Apa Dengan Buku

Buku ni saya beli disebabkan oleh penulisnya yang memang terkenal disebabkan oleh kecintaan beliau yang luar biasa terhadap buku. Walaupun ada di antara tulisan-tulisan beliau seperti diulang cetak, tetapi tak mengapa bagi saya. Lagi diulang pembacaan, lagi mudah untuk diingati.

Seawal bab pertama lagi, kita akan dihidangkan dengan cerita yang sangat menarik tentang dunia buku dan daya pikatnya. Dalam siri ni, yang menarik adalah tentang sejarah penubuhan Kampung Buku yang bermula Wales iaitu Hay On Wye. Kampung Buku Malaysia pun pernah ada dulu, tapi di Langkawi. Dirasmikan pada 3 Disember 1997, kampung ini menjadi bukti kegagalan rakyat Malaysia untuk menjadikan buku sebagai hobi yang sepatutnya dijadikan sebagai satu cara hidup. Yang lebih menarik adalah pemenang NILAM sendiri tidak pernah tahu kewujudan kampung ni. Jadi, nak salahkan siapa? Pemerintah mungkin ya sebabnya masa tu Kedah ada ‘kisah’ dengan perlantikan Menteri Besarnya. Yang lama dan yang baru ada perangai masing-masing. Secara tidak langsung, campur tangan ahli politik juga menjadi faktor hidup atau matinya industri pembukuan di negara ini.

Bab ketiga yang menarik adalah penciptaan telefon pintar juga telah menyebabkan jumlah rakyat Jepun yang membaca buku secara fizikal telah menurun secara mendadak. Kebangkitan rakyat Jepun dalam membaca bermula dari kebangkitan zaman Meiji, selepas kehancuran mereka semasa Perang Dunia Kedua dan semasa kebangkitan ekonomi mereka di peringkat Asia dan dunia. Tapi di sebalik penurunan tersebut, beberapa tema buku yang lain tetap laris di pasaran, malahan Jepun masih berjaya menghasilkan penulis-penulis yang hebat seperti Ryutaro Shiba dan Haruki Murakami.

Dalam ulasan tentang Hillary Rodham Clinton, saya berpendapat beliau merupakan seorang wanita yang luar biasa dalam menangani isu kecurangan suaminya. Hillary sebenarnya sudah mengetahui Clinton mempunyai  hubungan sulit, tetapi apabila memikirkan banyak risiko dan kesan negatif  yang akan terjadi  seperti kerosakan imej negara dan suaminya  sendiri, perpisahan adalah pilihan terakhir yang akan terjadi. Menurutnya, skandal Watergate berjaya membuatkan beliau bersabar dengan ujian ini.

Untuk rujukan, skandal Watergate melibatkan bekas Presiden AS yang ke 37 iaitu Richard Nixon yang terjadi sekitar tahun 1970-an. Skandal politik yang terjadi ini telah menyebabkan Nixon terpaksa meletakkan jawatan beliau dan merupakan satu-satunya Presiden AS yang mencatatkan sejarah sebagai presiden yang meletakkan jawatan. Kedudukan beliau sebagai Presiden telah digantikan oleh Gerald Ford yang mengambil keputusan untuk memaafkan Nixon.

Walaupun buku ini hanya dibeli dengan harga RM10 sahaja, tetapi isi kandungan dan ilmunya tetap menyinari kehidupan saya sebagai seorang pembaca buku yang tegar.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Yasmin Musa
Yasmin Musa
Articles: 1