Ulasan Buku : 7 Resepi Bahagia

❤REVIEW❤

Penulisan ini mudah difahami, mesra pembaca, berwarna dan tidak kurang juga disediakan peta minda serta rujukan setiap bait ayat surah yg diberikan. Utk mendapatkan bahan bacaan ini boleh terus melalui penulis sendiri iaitu ustaz Hakim Darno. Terima kasih ustaz beri sy peluang utk review/ulas ! 

Penulis menulis sudut pandang bahagia dari inspirasi surah al-Insyirah. 

Surah ini mengajar kita bahawa bahagia itu sebenarnya bermula dengan berlapang dada. Inilah tips pertama. Selagi kita tidak berlapang dada dalam setiap ujian, kita tidak akan merasa bahagia walaupun kita mempunyai segala-gala kemewahan atas dunia ini. 

Tips kedua pula kurangkan dosa. Kerana dosa akan menyebabkan kita sentiasa teringat. Agak mustahil bg kita untuk “zero” dosa kerana manusia diciptakan mempunyai kelebihan dan juga kekurangan. Jadi, apa yg boleh kita lakukan ialah kurangkanlah dosa. Sebagai contoh yg diberikan penulis ialah mengenai hutang. Hutang ini merupakan dosa sesama manusia jika tidak dibayar. Jika byk salah pd manusia, lagilah byk rasa bersalah kita. Lebih² lagi jika kita menzalimi orang. Rasa bersalah itu akan sentiasa menghantui hidup kita. Sifirnya, byk dosa,kurang bahagia. Kurang dosa, tambah bahagia. In shaa Allah.

Tips ketiga sebut perkara yang baik tidak kira di mana sahaja dan dengan sesiapa sahaja.Hatta kita berhadapan dgn pendosa sekalipun, jangan sesekali kita menggunakan perkataan kurang elok utk menyakitkan hati mereka. 

Tips keempat, cari kebahagiaan dalam kesusahan. Bagaimana tu ya? Kebanyakkan daripada kita tidak mencari kebahagiaan malah menunggu kebahagiaan datang. Tidak semestinya bahagia itu tunggu kaya atau duit byk. Jgn menganggap kesusahan itu tidak ada kebahagiaan dan jgn mengeluh “nasib malang” sehingga tua kerana sebutan itu merupakan doa. 

Tips kelima dan keenam ini pula, penulis menggabungkan tentang penyelesaian tugas dan merancang . Buatlah kerja sampai habis pasti kita akan bahagia dan tidak serabut jika tak diselesaikan. Ramai org yg tidak bahagia kerana suka tangguh kerja dan bila sahaja dirumah kita akan bergaduh dengan suami/isteri/adik beradik mahupun anak sebab serabut dengan kerja yg tidak habis lagi. Jadi, kita rancang setiap kerja yg ingin kita selesaikan dgn baik tanpa bertangguh.

Dan tips terakhirnya ialah serah kepada Allah dengan byk menyebut nama Allah, kebahagiaan akan dtg. Ini adalah resipi mujarab yg datangnga dari al-Quran. Jika tidak berkesan, tandanya kita yg salah acuan.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nor Shuhada
Nor Shuhada
Articles: 32