Ulasan Buku : Menumpang Teduh Pohon Akasia – Somaliland Bukan Somalia

“Perkara yg sudah terjadi itu adalah takdir yg tidak boleh diubah. Masa yg lalu menjadi sejarah utk pengajaran buat kita. Masa skrg merupakan satu²nya ruang utk kita buat yg terbaik. Masa hadapan adalah sesuatu yg tidak pasti. Jadi kita masih ada masa skrg shj,buat apa disia²kan utk marah tidak tentu pasal”

Apa yg boleh sy katakan, buku ini adalah buku wajib dimiliki dan dibaca dan sy rasa menyesal kerana menangguhkan pembacaan selama ini. Byk fakta yg terungkap yg tidak kita ketahui sebelum ini. Penulis seakan² “membawa” kita bersama mengembara bersamanya. Kisah Somaliland iaitu sebuah negara yg aman dimana ia tidak dilaporkan dlm berita² utama malah ia juga negara yg tidak diiktiraf dunia. Hakikatnya,Somaliland bukanlah Somalia ! Sy akan ulaskan fakta² penting yg ingin disampaikan oleh penulis dlm bentuk point. Selamat membaca 😊

👉Terletak di sebelah timur Afrika. Ibu negara Somaliland ialah Hargeisa. Tetapi, bg mata dunia, Hargeisa hanyalah sebuah bandar dlm wilayah Republik Somalia. Seperti yg dikatakan sebelum ini, tiada siapa mengiktiraf kewujudan Somaliland. Apa yg sy faham, kita sering ditakut²kan dgn suku² yg bergaduh di antara satu sama lain malah utk dtg berkunjung pun tidak berani kerana gara² berita tentang Somalia yg menakutkan dan Somaliland tidak wujud cukuplah hanya sekadar bertanya pasal Hargeisa melainkan mereka sendiri yg menyebutnya kerana byk sejarah hitam sebelum ini.

👉Peristiwa Black Hawk Down pd tahun 1993 dimana ianya adalah sebuah tragedi helikopter Amerika jatuh ditembak. Dlm filem yg dilakonkan semula, Amerika ditonjolkan sbg hero, ia adalah satu penipuan. Sebahagian tentera Amerika-PBB yg dihantar sebenarnya telah melakukan jenayah perang yg disembunyikan. Bantuan drpd Malaysia ketika itu lebih 100 anggota tentera dari Batalion-19 Rejimen Askar Melayu Diraja dan kereta perisai Condor milik Malaysia langsung tidak digambarkan dlm filem. Filem ini tidak mahu tentera Malaysia dijulang sbg hero. Alfatihah kpd hero kita yg terkorban dlm menyelamatkan renjer Amerika yg terperangkap 😢 Ketika peristiwa Black Hawk Down ini telah menggambarkan bahawa masyarakat Somali ialah pengganas, sedangkan penduduk Somaliland sudah pun hidup dlm keadaan aman.

👉Kebanyakkan penduduk menggunakan sistem bebas tunai seperti e-wallet. Jika diberikan wang secara tunai,mereka akan berasa kekok dlm menguruskannya. Di Malaysia pun ada menggunakannya dan ia meliputi urusan perbankan seperti pindahan wang,pembayaran bil utiliti dll. Perkhidmatan boost dll yg baru diperkenalkan tidak begitu popular lg disini. Tahukah anda Somaliland adalah satu-satunya negara dgn kadar termurah didunia utk membuat panggilan ke Malaysia.

👉Setiap org Somali boleh tahu leluhurnya sehingga kpd keturunan Nabi Muhammad SAW. Mereka mendakwa bahawa mereka adalah sebahagian drpd leluhur Abu Talib,pakcik baginda. Suku utama dlm leluhur org Somali ialah Samaal dan Saab. Mereka dikatakan adik beradik yg berasal dari suku yg sama dgn Nabi Muhammad SAW iaitu Bani Hashim. Inilah yg disebut² dlm kisah rakyat mereka. Walaupun mereka bangga dgn mengingati susur galur keturunan mereka, jika tidak sampai kpd Bani Hashim pun tidak mengapa sekurangnya mereka masih mampu menyebut keturunannya sehingga lima generasi terdahulu. Bagaimana dgn kita ?

👉Masyarakat Somali tidak mempunyai tabiat merokok yg kuat tetapi mereka ada tabiat lain yg memeranjatkan iaitu mengunyah daun Qat. Mulut mereka asyik mengunyah, ada sebahagian yg simpan ditepi pipi,ada pula ditelan dan ada pula dibuang hampasnya. Mcm kunyah sirih pula 😅😂 Daun Qat mempunyai sejarah. Ianya dianggap suci oleh org Mesir. Manakala ahli tasawuf mengunyahnya utk kekal berjaga bg mempelajari al-Quran. Khabarnya jika pengambilannya sedikit dan terkawal ia baik kerana mempunyai kesan perangsang seperti kafein utk berjaga malam, meningkatkan daya tumpuan dan kepekaan.

Terdapat 34 bab dalam buku. Setakat ini shj yg mampu sy huraikan daripada keseluruhan buku ini. Bg yg berminat boleh dapatkan buku terbitan karangkraf ini dimana² kedai buku.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nor Shuhada
Nor Shuhada
Articles: 32