Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Tentang
Pada 24 Jun 2018, Konfess Buku mula ditubuhkan dengan tujuan menginspirasikan masyarakat untuk terus membaca buku dan berkongsi ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada hasil pembacaan. Bertapak dengan mewujudkan akaun media sosial rasmi Konfess Buku di Facebook, Instagram dan Twitter, Konfess Buku terus mengorak langkah setapak kedepan dengan mewujudkan laman web Konfess Buku bagi mengumpulkan ulasan-ulasan buku yang terdiri daripada pelbagai tajuk, genre, penulis dan penerbit. Ulasan-ulasan buku tersebut diperoleh daripada pembaca dan pengulas buku yang menghantar ulasan buku mereka kepada Konfess Buku.
Ulasan-ulasan buku tersebut kemudiannya disemak dan disiarkan di laman web Konfess buku sebagai bahan bacaan dan rujukan bagi mereka yang ingin mengetahui serba sedikit tentang buku tersebut sebelum mendapatkannya. Dengan implimentasi fungsi “share” pada ulasan buku yang disiarkan, pembaca boleh kongsikan artikel tersebut di media sosial masing-masing dengan lebih mudah dan cepat. Hasil daripada perkongsian tersebut, pengulas buku dapat melihat berapa jumlah perkongsian artikel mereka dan berapa jumlah pembaca artikel mereka. Kelebihan ini dapat membantu pengulas buku menilai kemampuan, kekuatan dan kekurangan pada buku yang dipilih untuk diulas dan juga cara mereka mengulas buku.
Hasil daripada penerimaan ulasan buku dari semasa ke semasa, laman web Konfess Buku akan menjadi sebuah laman web yang memusatkan ulasan-ulasan buku dan juga rujukan sebelum membaca atau mendapatkan buku yang ingin dibaca. Secara tidak langsung, Konfess Buku akan menjadi “center” ulasan-ulasan buku di Malaysia.
Dalam masa yang sama juga, Konfess Buku turut menyiarkan coretan daripada buku-buku yang bagus ke media sosial dengan tujuan memperkenalkan buku tersebut, mendedahkan manfaat daripada buku tersebut dan juga menggalakkan pembaca mendapatkan buku tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan potensi industri penerbitan dan penulisan buku yang bermanfaat di Malaysia.
Oleh demikian, Konfess Buku sangat mengalu-alukan perkongsian ulasan buku daripada rakyat Malaysia melalui kiriman artikel. Semoga dengan adanya Konfess Buku ini, rakyat Malaysia dapat mengambil manfaat daripada ulasan-ulasan buku tersebut dan dapat membantu memilih buku yang memberi manfaat disamping menjadi nilai tambah kepada diri masing-masing.
Konfess Buku berharap supaya usaha ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan menjadi satu titik tolak dalam membina Malaysia sebagai sebuah negara yang menerajui pembacaan buku, masyarakat yang dahagakan ilmu, dan rakyat yang cintakan buku dan berkongsi ilmu.
Sekian, terima kasih.
– Team Konfess Buku
PERATURAN MENGHANTAR ULASAN BUKU
- Ulasan buku yang dihantar adalah percuma dan terbuka kepada semua warga Malaysia, tidak terhad kepada mana-mana peringkat umur, bangsa dan agama.
- Buku yang diulas terbuka kepada semua genre seperti novel, cerpen, tokoh, politik, sosial, ekonomi, motivasi, pengurusan, agama, falsafah, teknologi maklumat, sains, pendidikan dan lain-lain, kecuali buku yang berbentuk radikal atau yang bercanggah dengan ajaran Islam.
- Ulasan buku hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu, kecuali mengambil petikan daripada buku selain daripada Bahasa Melayu.
- Ulasan buku hendaklah menggunakan bahasa Melayu baku dan ejaan penuh. Elakkan daripada menggunakan kata singkatan bagi memudahkan pengguna membaca ulasan buku tersebut.
- Ulasan buku boleh dihantar menggunakan borang online yang telah disediakan dan boleh dihantar lebih daripada satu ulasan buku.
- Setiap ulasan buku yang dihantar akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku beserta kredit kepada penulis.