Ulasan Buku : Hijab Kekasih

Sejujurnya saya katakan ketika saya membaca karya ini, sepertinya saya sedang melihat filem lama ke layar perak. Perasaan berdebar, suspen dan pelbagai lagi bercampur baur dalam satu buku. Penulis mengangkat zaman pemerintahan di Samudera Pasai sebagai latar belakang dalam cerita ini. Sangat menakjubkan seolah-olah pembaca sendiri sedang masuk ke alam Pasai dan menjalani kehidupan di sana.

Dian terdampar di tepi laut dan telah dijumpai oleh dua beranak yang merupakan nelayan di pekan Lamuri di Samudera Pasai iaitu Aduka dan bapanya. Dian telah kehilangan ingatan dan tidak tahu asal usulnya. Aduka dan bapanya senang hati apabila mereka boleh menumpangkan Dian di rumah mereka untuk membantunya juga.

Sementara pula,Dian sempat mengenali adik Aduka iaitu Taniya seorang gadis yang ikhlas membantunya mengembalikan ingatannya lalu tanpa disedari, perasaan cinta mula berputik.

Namun perjuangan cinta itu tidak mudah dengan kehadiran Laksamana Tun Kasturi yang menyimpan perasaan terhadap Taniya dan kejahatan Dewi Lanjar yang memburu Dian ke mana sahaja dia berada dan hampir terbunuh.

Konflik bermula apabila bekas kekasih Aduka juga bekas isteri Laksamana Tun Kasturi oaitu Melati mati dibunuh dengan kejam dan dari segi kematiannya itu sangat luar biasa untuk dilakukan oleh manusia mahupun binatang. Dian telah difitnah kerana mendalangi semua ini dan mengamalkan ilmu hitam. Dian telah ditangkap dan dikurungkan dalam kurungan sehingga penyiasatan selesai tetapi Laksama Tun Kasturi tetap juga mahu menyalahkan Dian kerana kesempatan ini dapat diambil untuk mengahwini Taniya.

Semasa hari pernikahan Taniya dan Laksamana, pekan Lamuri digemparkan dengan suatu kejadian dasyat yang mengejutkan mereka. Dewi Lanjar telah mengutuskan Awan untuk membunuh Dian kerana melanggar sumpah. Sumpah apa ? Adakah ingatan Dian akan kembali pulih ? Bagaimana pula nasib Taniya dan apakah kesudahan Laksamana Tun Kasturi ? Tiada spoiler. Ingin tahu pengakhiran cerita yang pasti akan membuatkan anda tidak boleh move on boleh dapatkan buku ini dari penulis sendiri Jibrail Dzafri

 


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nor Shuhada
Nor Shuhada
Articles: 32