Ulasan Buku : Hikayat Pasai

Ulasan Buku : Hikayat Pasai

Hikayat Pasai dimulakan dengan kisah dua bersaudara iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad yang memerintah Sumatera Utara. Raja Muhammad menjumpai seorang kanak-kanak perempuan di dalam buluh betung kemudian mengambilnya sebagai anak angkat dan dinamakan Puteri Betung. Sementara Raja Ahmad pula telah menjumpai seorang budak lelaki di sebuah hutan lalu memberikan ia nama Merah Gajah dan mengambilnya sebagai anak angkat. Dipendekkan cerita, Puteri Betung dan Merah Gajah pun berkahwin dan mereka mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Merah Silau dan Merah Hasum. Suatu hari, Merah Gajah tidak sengaja terbunuh Puteri Betung kerana mencabut sehelai rambut emas dikepalanya tanpa mengetahui akibatnya dan hal ini menyebabkan kemarahan Raja Muhammad. Raja Ahmad telah terbunuh dlm medan perang tatkala menentang adinda baginda Raja Muhammad.

Selepas kematian Puteri Betung dan Merah Gajah, kedua-dua anak ini memerintah Sumatera dan kemudian Merah Silau dihalau oleh Merah Hasum kerana tidak menggemari sikap abangnya yang menjinakkan kerbau. Merah Silau berpindah ke Biruan dan di sana beliau memperoleh emas,perak dan kuasa hikmat. Kemudian beliau berpindah ke Buluh Telang lalu menjadi raja. Beliau memeluk agama islam dan memakai gelaran Malikul Saleh. Beliau juga mempunyai seorang putera bernama Malikul Tahir.

Malikul Tahir ditabal menjadi Raja Pasai sebaik sahaja negeri itu dibuka. Dua orang putera baginda ialah Malikul Mahmud dan Malikul Mansur. Malikul Mahmud ialah putera sulung dan menaiki takhta kerajaan Pasai menggantikan ayahandanya. Bagindalah yg mengetuai angkatan tenteranya utk mematahkan serangan siam yang meminta ufti ketika itu. Walau bagaimanapun, baginda tidak digambarkan sebagai pemerintah yang baik kerana baginda jatuh berahi kepada puteri-puteri sendiri dan membunuh dua org putera baginda.

Ringkasan dari karya ini ialah bagaimana Islam mula bertapak di Gugusan Pulau-Pulau Melayu di mana ianya berlaku pada satu tempat dalam sejarah Pasai iaitu di Sumatera. Manuskrip ini telah diolah dan diceritakan semula oleh Russell Jones. Gaya bahasa yang disampaikan di dalam buku ini sudah tentulah menggunakan gaya bahasa melayu lama seperti percakapan di dalam istana.


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca