Ulasan Buku : Tulang-Tulang Berserakan

Ulasan Buku : Tulang-Tulang Berserakan

Novel ini mengisahkan pengalaman salah satu pasukan Polis Hutan pd zaman darurat yg mencengkam kehidupan rakyat Semenanjung. Latar belakang tempat kejadian yg dikisahkan dlm novel ini ialah Melaka. Permulaan cerita bermula dari serombongan anggota polis muda yg baru tamat latihannya dari perhentian keretapi Johor Bahru ke Melaka. Pasukan ini kebanyakkannya ditugaskan utk menjaga aset² getah dan lombong bijih yg dipunyai oleh pemodal Inggeris. Pasukan ini dinamakan Jungle Squad dan mereka mencari jejak serta khemah pasukan komunis.

Menerusi Tulang-Tulang Berserakan karya Usman Awang, watak utamanya adalah Leman. Dia merupakan ketua kpd sepasukan polis hutan yg tugasnya bkn shj menghapuskan musuh yg tidak pernah dikenalinya malahan juga seorang yg berjiwa besar dlm dunia mengarang dan rajin membaca serta mencari² ilmu.

Sepanjang pembacaan, entah berapa kali kisah² yg ditulis oleh pengarang mengundang rasa sebak, simpati, marah dan pelbagai lagi perasaan yg bercampur aduk. Rakan² seperjuangan Leman satu demi satu gugur sbg bunga bangsa malahan sgt menyayat hati apabila dia sendiri dpt menyaksikan pembunuhan secara terang terangan dihadapannya.

Paling memberi kesan pd emosi sy adalah apabila suatu malam Leman dan rakan²nya bergurau senda dgn seorang sahabatnya Majid mengenai perkahwinan yg bakal dilangsungkan dgn wanita idaman. Segala persiapan telah diatur dan hanya tinggal berbaki 2-3hari sahaja utk meneruskan perkahwinan. Keesokkan paginya mereka mendapat panggilan tugasan utk masuk ke hutan mengawal gerakkan komunis selepas pengeboman di atas bukit tempat komunis berkhemah. Majid telah dilemparkan bom tgn oleh salah seorang komunis disitu dan demikianlah hayatnya sampai disitu shj. Rakan² seperjuangan terkilan kerana baru shj malam semalam mereka bergurau senda dgn Majid dan betapa bahagianya dia menanti detik utk berkahwin tetapi maut terlebih dahulu menjemputnya.

Seterusnya kisah Mahmud pula yg telah berkahwin dan isterinya sedang mengandungkan anak sulung. Jika sebelum ini dia suka berfoya², selepas bala yg nyaris² meragut nyawanya baru kini dia sedar akan kasihnya dia pada isteri dan anak yg bakal dilahirkan . Ketika dia terlantar kesakitan di hospital akibat serangan komunis, dia terbayang² apakah nasib isteri dan anaknya jika dia juga gugur seperti rakan² yg lain.

Kisah salah seorang polis hutan yg seterusnya bernama Wak Stop. Sepanjang hidupnya telah byk dia berkhidmat utk tanah airnya. Dia bercadang akan bersara memandangkan usinya juga telah tua. Byk yg dia angan²kan seperti ingin melihat puterinya berkahwin, ingin menimang cucu, ingin hidup diluar berek polis utk menghabiskan sisa hidup bersama isterinya tetapi semuanya telah terlambat. Sebelum kematiannya, dia ada meminta isterinya supaya dibuatkan pulut kuning seperti mereka baru berkahwin. Isterinya pelik akan permintaan suaminya ini malah dituruti juga. Petangnya tidak sempat dia menjamah hidangan tersebut, keluarga dia menerima panggilan kecemasan bahawa Wak Stop menerima kecelakaan yg parah di hospital.


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca