Ulasan Buku : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Ulasan Buku : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Kisah yg dibawakan Hamka kali ini tidak lain tidak bukan adalah cinta perbezaan antara dua darjat. Di dalam novel ini Hamka secukupnya mengkritik adat Minangkabau yg hidup pergaulan mereka hanya bertunjangkan adat semata seolah² bangsa atau suku lain tidak mempunyai adat. Kritikan yg dilemparkan Hamka sgt halus dan tidak dibawa-bawa dgn emosi kekecaman.

Zainudin dari kecil lagi telah melalui pelbagai jerih payah kehidupan. Ayahnya berbangsa Minangkabau asli lalu dibuang negeri kerana kesalahan yg lampau lalu mengahwini ibu Zainudin yg asal dari Mengkasar dan hidup disana. Ketika Zainudin berusia 9bulan, ibunya meninggal. Ketika usianya dlm lingkungan 3tahun, ayahnya pula meninggal. Lalu dia dipelihara oleh emak angkatnya di Mengkasar juga. Setelah menginjak dewasa, Zainudin berangan² ingin menjejakkan kaki ke tanah kelahiranya ayahnya. Dia ingin mengenali sekali saudara maranya disana. Ketibaannya disana disambut baik oleh penduduk sana sehinggalah suatu hari dia terjatuh hati pada seorang gadis yg baik keturunannya bernama Hayati. Mereka berbalas² surat dan bersahabat lalu menjalinkan cinta. Ketika mereka menjalinkan hubungan ini, saudara maranya dpt menghidu lalu mengusir Zainudin dgn cara lembut ke tempat lain. Dikatanya Zainudin tidak layak memperisterikan Hayati atas sebab tidak sama bangsa walaupun ayahnya memang asal Minangkabau tetapi ibunya pula adalah Mengkasar. Zainudin membawa diri dgn hati yg hiba dan mereka berjanji akan menunggu sesama sendiri tidak kira berapa lama pun hubungan ini akan dihalalkan.

Setahun kemudian, Hayati ke kota selama 10hari dan bermalam dirumah sahabatnya Khadijah. Disana dia dikenalkan dgn kehidupan kota dari segi pemakaian sehinggalah pergaulan. Dgn kesempatan itu dia dpt berjumpa dgn Zainudin tetapi dlm masa yg sama abg Khadijah iaitu Aziz menaruh hati pd Hayati kerana paras rupa yg cantik. Dia bersungguh utk mendapatkan Hayati walaupun tahu jiwa Hayati hanya cinta pd Zainudin. Khadijah pula memainkan peranan meracuni fikiran Hayati dgn bermacam madah utk memburukkan Zainudin dan meninggikan darjat abgnya. Hayati bingung antara cinta dan juga wang utk kesenangan hidup dlm kehidupan berumahtangga. Aziz menghantar rombongan meminang Hayati begitu juga Zainudin. Keluarga Hayati sebulat suara memilih Aziz dan Hayati juga terpaksa memilih apa yg baik yg diaturkan utknya oleh keluarga.

Berita pernikahan Hayati telah membuatkan hati Zainudin remuk lalu beliau jatuh sakit selama dua bulan. Tidak ada satu ubat kampung mahupun doktor mampu mengubati Zainudin sehingga dia diketemukan dgn Hayati sendiri. Setelah itu hari demi hari sakitnya semakin baik dan semangatnya semakin pulih. Dia berhijrah ke Tanah Jawa bersama sahabatnya Muluk. Dari situ dia membina hidup dgn mengarang pelbagai karya. Karya² yg diterbitkan mendapat tempat di kalangan penduduk dan dlm masa yg sama dia menukar namanya kpd Tuan Syabir dan setiap karyanya dipenghujung coretan akan diberi gerangan  huruf Z.  Namanya semakin mahsyur dan Aziz mengambil kesempatan ini utk bersahabat dgn Zainudin kerana wangnya. Dia boleh meminjam wang Zainudin utk tujuan berjudi dll. Hubungan Aziz dan Hayati juga semakin lenggang kerana Aziz bosan akan sikap Hayati yg begitu kekampungan. Ketika rumah dan segala barang peribadi telah disita dan Aziz kehilangan pekerjaan, dia membawa Hayati menumpang rumah Zainudin. Zainudin menerima mereka dgn hati terbuka tanpa sekelumit dendam. Aziz jatuh sakit dan sebulan dia berada dirumahnya lalu Aziz meminta diri utk ke Surabaya mencari pekerjaan. Hayati ditinggalnya di rumah Zainudin kerana kekurangan kos utk menampung perbelanjaan dua org.

Setelah beberapa hari Aziz kesana, dia mengirim surat kpd Zainudin dan Hayati menyatakan hasratnya utk menceraikan Hayati dan memulangkannnya kembali kpd Zainudin. Dia membunuh diri. Hayati menyatakan hasratnya utk memulakan kehidupan baru dgn Zainudin tetapi Zainudin menolaknya kerana terbayang² akan kata² hina yg dilemparkan oleh saudaramara Hayati. Jauh disudut hatinya tidak ada pengharapan lain selain inginkan Hayati shj dalam hidupnya. Manusia sering tersilap langkah kerana ego. Zainudin menghantar Hayati pulang dgn membelikan tiket kapal Van Der Wicjk.

Hayati mendapat kecelakaan semasa perjalanan pulang ke tanah airnya. Kapal Van Der Wicjk tenggelam. Hayati terselamat dan berada dihospital. Dia kehilangan byk darah. Seketika dia di hospital, Zainudin dan Muluk sempat berjumpa dgnnya. Zainudin dgn kesal dan penuh pengharapan ingin jadikan Hayati isterinya. Tetapi ajal lebih mendahului. Hayati menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Zainudin. Selepas kewafatan Hayati, Zainudin pula yg semakin hari semakin menderita sakit kerana rindukan Hayati lalu meninggal dunia.

*mengapakah adat ini begitu menyusahkan anak muda utk berkahwin dgn pilihan sendiri ? Inilah yg Hamka ingin sampaikan kpd pembaca. Jgnlah pula kita disebabkan terlalu berpegang teguh pd adat semata, kita “mengorbankan” jiwa dan kemahuan anak² kita.


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca