Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Sayap-Sayap Patah

Ulasan Buku : Sayap-Sayap Patah

“Selma Karamy mengajar aku memuja keindahan. Aku memahami rahsia cinta melalui kasihnya padaku. Dialah yang pertama meratibkan padaku puisi kehidupan.”

Bait yang indah bukan hanya hadir melalui kegembiraan yang dikongsi seorang insan mahupun keseronokkan yang diraih. Akan tetapi bait yang seindah rupa juga mampu dikeluarkan dari kesedihan yang diratapi ataupun dari remuknya hati seseorang yang telah merasai kepahitan cinta.

Inilah kisah antara dua burung indah yang bebas terbang ke sini dan ke sana, namun demikian, sayapnya telah patah dan kini kebebasan itu dirampas.

Kahlil dan Selma sepertinya ditakdirkan oleh Tuhan kepada mereka cinta yang suci dan indah. Sepertinya, cinta Adam dan Hawa yang diciptakan untuk saling melengkapi dan memerlukan. Cinta ini seperti sekuntum mawar yang dikelilingi duri di dalam taman yang indah. Tangan yang mampu memetik mawar tersebut harus berani dan mampumenempuh duri tersebut. Sudah pasti, saat tangan itu mahu memetik mawar sudah pasti ia berdarah kerana luka yang dihasilkan duri untuk melindungi mawar.

Cinta kedua burung ini dihalangi oleh keadaan yang mahukan kuasa dan harta si Selma dan Kahlil hanya mampu berputih mata kerana itulah takdir yang dia harus tempuhi. Cinta Selma tidak pudar tidak seperti kain putih yang disimpan lama menjadi kuning malah ia masih bersih seakan kain putih yang baru suci dan bersih.

Cinta mereka terlalu kuat dan tidak ada yang mampu memishakan mereka kecuali mati. Mati adalah punca putusnya seseorang itu dengan dunia, putusnya harta ia, putusnya ilmu ia, putusya hubungan keluarga ia, yang paling tragis putusnya kisah cinta ia.

Seseorang mampu meratapi pemergian orang yang dicintai sehingga kering airmata diganti dengan airmata darah. Cinta tidak suka dipaksa,cinta tidak suka ditipu, cinta tidak suka dipinggirkan, cinta tidak suka dilukai, cinta tidak suka bersendirian.

“Tiap manusia pasti ingat cinta pertamanya. Memori cinta itu mengubah perasaannya yang paling dasar dan meski wujud kepahitan dalam misterinya, dia diangkat kebahagiaan” – Kahlil Gibran

Kawan – kawanku! Aku merayu padamu atas nama dara yang kalian cintai, letakkanlah sekalung bunga di atas pusara wanita yang ku kasihi itu. Kerana bunga itu ibarat titisan embun di mata subuh di atas dedaun ros yang sedang layu… Inilah pesanan Gibran


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca