Ulasan Buku : Pijama

Ulasan Buku : Pijama

Jika dilihat pada gambar kulit buku, nampak menyeramkan dan mampu membuat bulu roma meremang. Apatah lagi jika dilihat pada waktu malam. Gambar sepasang pijama putih yang berdiri di tepi katil tanpa kepala, membuatkan aku tak sanggup menatapnya lama. Namun, aku tertarik dengan warna kulit buku ini. Sangat cantik dan menenangkan.

Mengisahkan persahabatan 3 sahabat baik semenjak tahun pertama universiti; Mai, Nazim dan Fazlin. Lama-kelamaan, cinta mula berputik di antara Mai dan Nazim.

Namun, kisah percintaan yang indah di antara mereka tidak lama. Tiba-tiba sahaja Mai dan Fazlin hilang. Puas dicari keluarga dan pihak polis, tetapi tidak dijumpai.

Selepas sebulan, Mai muncul kembali tetapi dia mengalami amnesia (hilang ingatan). Fazlin pula kekal hilang. Nazim tetap teguh hatinya memilih Mai, lalu nekad mengahwininya.

Suatu hari, Nazim berniat hendak membuat kejutan kepada isterinya, Mai. Dia sengaja pulang awal daripada kerja tanpa pengetahuan Mai. Namun, ada kejutan yang menanti Nazim ketika dia sampai di rumah yang bakal membongkar kembali misteri kehilangan Mai.

Apakah kejutan itu? Apakah sebenarnya yang telah terjadi kepada Mai dan Fazlin? Apakah kaitannya kisah mereka dengan pijama putih seperti di dalam gambar kulit buku ini?

Buat bakal pembaca, jangan bimbang. Memang ada kisah yang agak menyeramkan di dalam buku ini, namun perasaan ingin tahu akan menyebabkan pembaca dapat meneruskan pembacaan dengan lancar sehingga ke akhirnya. Boleh saja nak baca di waktu malam untuk lebih penghayatan.

Seronok baca buku ini. Penulis bijak di dalam menyelitkan kata-kata sindiran berunsur nasihat di dalam ceritanya.

Adakalanya, benar kata penulis:

“Kenapalah mimpi selalunya mesti lebih indah daripada realiti? Kenapa?”

Ini sindiran penulis terhadap manusia yang sibuk ambil tahu hal orang lain:

“Kenapa kau nak buang masa kau untuk melayan aku dan dengar masalah aku?”

“Aku suka nak ambil tahu rahsia dan hal-hal peribadi orang lain. Kalau diorang ada masalah, aku seronok dengar. Baru aku tahu rupa-rupanya hidup diorang lagi teruk dari hidup aku.”

“Dengar masalah orang ni, tujuan utama dia hanya untuk buat kita lupa masalah kita sendiri. Juga tujuan dia supaya kita nampak lebih mulia dan baik pada pandangan orang yang berkongsi masalah. Diorang akan rasa terharu sebab diorang ingat kita ni ambil berat pasal diorang, sedangkan hakikatnya, we don’t actually give a shit.”

Aku suka buku ini. Walaupun boleh agak jalan ceritanya, tapi ada ‘twist’ sedikit di akhirnya. Nak tahu, kenalah baca.


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca