Ulasan Buku : Kunang Pesisir Morten

Ulasan Buku : Kunang Pesisir Morten

PESISIR KUNANG MORTEN menceritakan kehidupan anak-anak kecil berjiwa besar yang menghuni di Kampung Morten. Dhiya, anak kecil berusia 9 tahun pemikir visual genius bersama sahabatnya Adi dan Lim penduduk Cina Hokkien seberang sungai.

.

Novel ini mengangkat tema perpaduan kaum, isu pencemaran air, kemiskinan dan keciciran pendidikan. Adat dan budaya masyarakat Melaka digarap dengan begitu terperinci dan menarik.

.

“Kebaikan harus berlaku diatas kebaikan.” Hasil bantuan Dhiya menyelesaikan kes pembunuhan anak cina kampung seberang sungai, maka bermulalah episod penyatuan komuniti bangsa sesama mereka. Dan ia tidak terhenti disitu, paling terkesan apabila Dhiya sanggup menggunakan semua wang hasil titik peluhnya sendiri demi ‘menyelamatkan nyawa bapa Lim kerana baginya kebaikan harus berlaku atas kebaikan dan janji harus dikotakan. Erti persahabatan lebih mahal dari “Rowney” idaman.

.

“Berdosa bagi kami meratapi dan memikirkan kemiskinan lantas keluar dari kepompongnya adalah kebajikan”. Tekad seorang anak kecil yang mahu mengubah nasib dirinya dan keluarga keluar dari kemiskinan benar-benar memberi inspirasi. Bermotivasikan rumah agam Villa Sentosa yang hari-hari dikunjungi Dhiya bertemankan Adi akhirnya berjaya mengubah hidupnya kearah yang lebih baik.

.

Kemiskinan bukanlah penghalang menimba ilmu pengetahuan. Kagum dengan cara ibu Dhiya yang berusaha membeli buku-buku untuk Dhiya membaca dan memberi fokus kepada bidang yang digemari anaknya.

.

Terima kasih penulis kerana telah membawa saya mengembara ke bandaraya bersejarah Melaka bersama karya hebat ini sekaligus meraikan cuti hari Malaysia dengan penuh bermakna.

SELAMAT HARI MALAYSIA.


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca