Ulasan Buku : Animal Farm

Ulasan Buku : Animal Farm

Kehidupan realiti kita persis penceritaan dalam novel yang dikarang Eric Arthur Blair.

George Orwell atau nama penanya, mencipta beberapa karakter yang mempunyai makna tersendiri. Bermula dari tema di sebuah ladang ternakan, diselia oleh penternak yang tidak bertanggungjawab. Seterusnya dengan mewujudkan karakter haiwan yang berbagai-bagai. Misalnya, babi, anjing, kuda, keldai, gagak, ayam, kambing, tikus dan lain-lain.

Penulis menggambarkan seekor babi tua, Old Major sebagai seorang “idealist”. Ucapannya sarat dengan idea “animalism”. “All animals are equal”, begitu katanya Old Major dalam setiap kali ucapannya. Selain itu, dua ekor babi muda (Napoleon & Snowball) yang diamanahkan untuk membawa dan mengekalkan kelangsungan “animalism” tersebut selepas ketiadaan sang pecetus idea. Keadaan yang menekan, makanan tidak diberi, penindasan yang berturut-turut oleh pemilik ladang telah menyebabkan tercetusnya revolusi haiwan.

Manusia dihalau dan yang mentadbir ladang pada masa itu adalah haiwan sendiri.

Bermula pentadbiran baharu oleh dua ekor babi yang membawa idea “animalism” gembira akan kebebasan daripada cengkaman manusia dan berkata pada hari yang mulanya menggambil alih ladang dengan berkata, “Berkaki empat baik, berkaki dua jahat(manusia) dan yang bersayap (haiwan) adalah rakan.”

Kelangsungan “animalism” tidak disenangi oleh Napoleon sang babi. Hal ini mendorongnya untuk menyingkir Snowball daripada pentadbiran kendiri. Selepas peralihan kuasa kepada Napoleon, “animalism” yang dilaung-laungkan dahulu telah hilang seperti debu ditiup angin. Sebagai contoh, dalam peraturan menyebutkan bahawa haiwan dilarang tidur di atas katil, haiwan dilarang meminum alkohol, haiwan dilarang membunuh haiwan yang lain dan yang terakhir, haiwan mempunyai kedudukan yang sama rata. Malangnya semua peraturan itu tidak dipatuhi oleh Napoleon, seekor babi yang ego.

Penulis menggambarkan majoriti besarnya tidak tahu membaca, tidak ada kesedaran kecuali seekor keldai, Benjamin yang mempunyai kesedaran dan tahu membaca menjadi bisu dalam kalangan mereka. Apabila peraturan itu dilanggar oleh pemerintah iaitu sekawan babi yang diketuai Napoleon. Contohnya, babi-babi meminum alkohol, tidur di atas katil dan meminum susu dan memamah epal sama sekali melanggar idea “animalism”.

Disamping itu, dikalangan yang memerintah ada seekor babi yang bernama “Squealer”. Squealer sang penjilat. Sentiasa menjadi orang kanan Napoleon menabur propaganda kepada haiwan-haiwan yang lain dengan berkata, “Kami babi perlu tidur diatas katil kerana kami letih mentadbir, kami babi perlu makan buah epal dan meminum susu agar otak kami cerdas memikirkan sesuatu dalam mentadbir kamu semua” katanya Squealer di rapat umum haiwan-haiwan. Tambahan dengan seekor kuda yang terlalu obses dan membuta sahaja sentiasa menyokong pemerintahyang korupsi. “Napoleon always right!” kata Boxer. Akhirnya dia sendiri terjual ke pusat persembelihan oleh Napoleon sendiri.

Kesimpulannya, penulis menggambarkan situasi tersebut dengan menukilkan dari novelnya, “All animals are equal, but some animals are more equal than others”.


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca