Ulasan Buku : Angkatan Baru

Ulasan Buku : Angkatan Baru

🎓REVIEW🎓

“Saya tidak senang kalau rumahtangga tidak di tangan kita 100%, Syam ! Walaupun sangkar itu daripada emas, ia tetap sangkar juga, dan burungnya tetap terkurung. Jangan saya diberi minum kehidupan kalau akan dicampurkan dengan kehinaan. Namun berilah saya setegak air kematian, asal di dalamnya cukup kemuliaan. Neraka dengan kemuliaan lebih aku sukai menderitanya, daripada syurga dengan kehinaan” demikianlah kata-kata Hasan kepada isterinya.

Nipis tetapi sarat dengan pengajaran ! Satu kepuasan setelah tamatkan pembacaan untuk fiksyen Hamka ini, Angkatan Baru. Mesej yg cuba disampaikan Hamka kali ini bukanlah mengutamakan kritikan adat atau budaya minangkabau semata-mata tetapi ianya lebih kepada kritikan individu lepasan “sekolah tinggi” yang sangat memilih pekerjaan dan corak kehidupan mewah ibarat kacang lupakan kulit. 

Syamsiar seorang gadis lepasan diploma pendidikan tetapi sayang seribu kali sayang, dia tidak tahu menguruskan rumah apatah lagi memasak. Kepakarannya hanyalah berdandan, menyulam serta membaca novel cinta fantasi dan ini sering disalahertikan oleh adik²nya mahupun orang tuanya kononnya dia sedang mentelaah dan mempelejari sesuatu ilmu kerana mereka ini buta huruf !  Walaubagaimanapun, dia dipandang mulia oleh kaum kerabatnya kerana pendidikan yg diperolehinya itu. Bagi dirinya pula, seorang lepasan diploma pendidikan haruslah mendapat pekerjaan yg serasi dengannya serta gaji yg lumayan bahkan persekitaran kerjayanya juga haruslah lebih gah berbanding mengajar di ceruk kampung. Lelaki pilihannya juga mestilah seorang bujang dan sama taraf sepertinya juga. Setahun berlalu setelah tamat pengajian, dia masih tidak bekerja lagi akibat terlalu memilih dan mahukan kesempurnaan malahan kaum kerabatnya juga sering risau akan dirinya kerana masih juga tidak berkahwin. Ada yg berkenan, yg merisik tetapi semuanya ditolak mentah² oleh Syamsiar kerana tidak menepati kriteria yg dia inginkan. 

Hasan seorang pemuda lepasan diploma pemdidikan seperti Syamsiar juga. Orangnya sangatlah rendah diri dan perwatakannya juga jauh beza dengan Syamsiar. Dia tidak kisah dimana dia mengajar dan berapakah gaji yg diperolehinya tetapi untuk pasangan hidup pula kriteria yg dia inginkan tetap sama seperti Syamsiar. Masyarakat dikampungnya juga sangat mengagumi Hasan lalu ditunangkan Hasan dengan Syamsiar. Ketika dlm ikatan pertunangan inilah Syamsiar berani mengutus surat kepadanya walaupun mengikut adat tidak manis seorang perempuan yg memulakan bicara dengan seseorang lelaki seperti perigi mencari timba. Kata² Syamsiar dlm surat inilah membuatkan jiwa muda Hasan seperti dilambung ombak cinta.  

Setelah mendirikan perkahwinan beberapa bulan, Hasan mulai jemu dengan sikap Syamsiar. Hampir 100% urusan rumahtangganya tidak ditangan mereka. Syamsiar hanya tahu berdandan dan melayan suami sahaja. Makan minum Hasan dimasak oleh ibu Syamsiar bahkan pakaian Hasan juga dicuci oleh adik Syamsiar. Hasan sangat beruntung kerana mertua dan iparnya sangat menyayanginya tetapi keberuntungan seperti apakah ini jika mempunyai isteri tetapi masih menyusahkan keluarga sendiri bahkan Syamsiar juga berani² mengutus surat kepada seorang rakan lamanya, Syamsudin yg ketika itu patah hati dgnnya. Dia bermain ayat cinta di atas pena sehingga membuatnya Syamsudin seperti diawangan lalu megajaknya kahwin (tidak tahu Syamsiar adalah isteri Hasan). Dia akhir cerita, Syamsiar diceraikan dan dia berkahwin dengan seorang saudagar yg mempunyai banyak isteri lalu berpindah jauh dari keluarganya. 

Pengajaran yg ingin disampaikan Hamka kepada kita janganlah sesekali kita merasa mulia atas pencapaian kita kerana kemuliaan yg kita peroleh tidak akan lama malah semua manusia di sisiNya adalah sama. Seterusnya jangan pula kita mengkhianati kepercayaan seseorang kerana jika sekali hilang kepercayaan, peluang kedua mungkin tidak ada atau mungkin juga ada tetapi kepercayaan itu tidak seperti dulu lagi. 


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca