Ulasan Buku : Formula Mengorat Bakal Imam

Tajuk Buku : Formula Mengorat Bakal Imam
Nama Penulis : Kamalia Kamal
Penerbit : Hamare Publication
Jumlah Mukasurat : 124
 

Mesti ramai yang pelik bila baca tajuk buku ni. Mesti ada muncul persoalan yang macam ni,

Apa pasal perempuan ni sibuk nak buat buku cara mengorat bakal suami? Bakal imam? Bukan wanita solehah pun dia ni nak cerita lebih-lebih!

Betul tak?

Sebenarnya, antara perkara utama yang mendorong diri penulis untuk menulis dan berkongsi tips mengorat bakal imam di dalam buku ini adalah kerana ramai kawan-kawan dan kenalannya yang masih belum berkahwin lagi, hingga kini. Walau usia dah mencecah 35 tahun.

“Kalau nak doa, mintalah Tuhan beri yang terbaik, bukan minta apa yang kita nak. Kalau yang kita nak tu bukan yang terbaik untuk kita, macam mana? Tuhan akan beri juga sebab kita nak sangat. Jadi, doa tu kenalah tukar sikit. Minta yang terbaik untuk kita.”

Pelbagai persepsi dilemparkan kepada wanita yang kahwin muda. Begitu juga persepsi negatif dilemparkan kepada wanita yang lewat usianya untuk berkahwin. Buku ini terhasil sebagai salah satu usaha untuk membantu para wanita yang masih belum berpunya untuk mulakan langkah pertama Bermula dengan Formula 1 iaitu Diagnosis Diri. Formula akhir pula mengaitkan Kunci Syurga dan Kunci Emas berkenaan melibatkan keluarga dalam soal membina cinta yang halal. Kerana di akhir pencarian kita ini nanti, kita saja yang tahu diri kita bagaimana dan sesuai dengan orang yang bagaimana.

Betul tak?

Ya, memang orang kata, “Kalau dah jodoh tak ke mana.” Tapi, jodoh ni, macam rezeki juga. Kita kena cari dan usaha. Buku ini bukan hanya sesuai dibaca oleh golongan yang belum berkahwin, akan tetapi, golongan yang dah berkahwin juga amat digalakkan untuk membacanya kerana mesej yang santai dan punya isi yang bermanfaat untuk perbaiki dan saling menambah perisa cinta dalam hubungan halal yang telah terbina.

“Jangan cari kesempurnaan tapi carilah yang boleh menyempurnakan kita. Terima kekurangan dia sebagaimana dia menerima kekurangan kita.”

Diulas oleh : Noor Syazana Binti Abd Hamid


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Noor Syazana
Noor Syazana
Articles: 1