Ulasan Buku : Doktor Cinderella

Kerjaya sebagai seorang doktor adalah satu perkerjaan sangat mulia di sisi Islam. Ini kerana tugas mereka menyelamatkan nyawa manusia. Demikian pula perjalanan seorang manusia yang dibebani pekerjaan sebagai doktor muda tentu dihujani pelbagai rintangan seperti yang telah dilalui oleh Dr. Hanisah, penulis buku ‘Doktor Cinderella.’

Sebagai doktor pelatih sudah tentu banyak benda baharu yang perlu dipelajari. Pengalaman on-call dan ditugaskan di bilik PCA, juga wad bersalin membuatnya agar bersedia atas apa saja akan berlaku pada para pesakit. Gementar dan takut itulah dialami oleh Dr.Hanisah apabila pernah diberi tanggungjawab mengendalikan kes-kes pesakit, semua keputusan perlu ditentukan. Ditegur berkali-kali, bukanlah kelemahan bagi Doktor Cinderella ini. Baginya, dimarahi oleh doktor bukanlah sebab kekecewaan, tetapi kerana belum bersedia menyelamatkan manusia. Walaupun sering ditegur dia berani mencuba atas semangat yang tidak berputus asa. Berkali-kali gagal, akhirnya berjaya menyambut kelahiran bayi bersama bantuan misi. Itu antaranya.

Selain daripada itu, dia juga merawat pesakit sambil memberi ilmu dan menegur. Senario yang sangat kerap dilihat di wad Hospital ialah pesakit tidak mengerjakan solat dan sambil lewa menutup aurat. Oleh kerana ada rasa tanggungjawab sebagai muslim, Dr. Hanisah segera bertanya dan menegur bahkan sampai membantu pesakit berwudhu . MashaAllah luar biasa doktor yang solehah. Atas usahanya itu, para pesakit mula cakna menitikberatkan soal kewajipan ibadah. Tak cukup itu, dia juga mengajar menenangkan pesakit yang tengah sarat dengan meminta mereka mengingati Tuhan dan berdoa. Kepercayaan pelik juga berlaku seperti kain kuning memudahkan proses bersalin, berjaya di betulkan supaya pesakit hanya meletakkan kepercayaan kepada Allah sahaja.

Di samping menghayati kisah pengalaman Dr. Cinderella ini, ada juga dapat ilmu baharu berkaitan istilah-istilah medik. Di antaranya :

1- Tachycardic – Nadi laju melebih 100 kiraan perminit.

2- Vaginal examination- Cek sentimeter bukaan jalan.

3- Amniotic Hook -Alat yg digunakan untuk memecahkan selaput air ketuban.

4- Cabergoline – Ubat yang diberikan kepada pesakit yang melahirkan anak yang sudah tidak bernyawa dalam perut atau anak yang lahir meninggal dunia.

5- Pre-marital Conception (PMC)-  Persenyawaan Sebelum Pernikahan (wanita hamil luar nikah).

Apa maksud disebalik gelaran Dr Cinderella ? Suatu ketika Dr. Hanisah bergegas mendapatkan maklumat mengenai keputusan darah pesakit atas arahan doktor MO sehinggalah kasutnya tertanggal akibat berlari tanpa menoleh kembali. Begitulah kejadiannya. Nak tahu ceritanya lagi ? Dapatkan buku ini dari penulis sendiri. Best.

Sepanjang bertugas dalam latihan klinikal (posting) dan O&G (Obstetrik & Ginekologi) itulah antara pengalaman Dr.Hanisah disebuah hospital yang dijuluki sebagai Hospital Tarbiah. Membawa orang ramai mencari ibrah dan berkongsi tips untuk para pesakit wanita. Itulah Dr.Cinderella yang meletakkan pendiriannya atas kuasa niat dan doa.

Di musim covid19 menghantui jiwa-jiwa manusia, ia juga menghantui hati dan jiwa misi serta doktor yang berada dibarisan hadapan membantu ummah. Bacalah buku ini bagi menyelami perasaan mereka yang berjuang di medan pertempuran.

“Dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan carilah sesuatu bentuk kebaikan yang patut disyukurkan.” – Dr Nur Hanisah.

Selamat Membaca !


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Syuhara Suriati
Syuhara Suriati

Penulis artikel, antologi dan anekdot.🌷Isteri suri membaca dan menulis 🌷

Articles: 67