Ulasan Buku : Daring Greatly: How the Courage To Be Vulnerable Transforms the Way We Live, Love, Parent, and Lead

Ok hari ini saya nak kupas sedikit satu buku berjudul “Daring Greatly” oleh Brene Brown. Penulis ini seorang Research Professor di Houston University. Namun, kebanyakan orang memanggil beliau dengan gelaran Storyteller Research Professor disebabkan bakat beliau yang petah bercakap di depan audien. Penulis juga selalu keluar rancangan TED talk.

Ringkasnya buku ini mengajar bagaimana  memberanikan diri kita terdedah kepada perubahan dalam gaya hidup. Penulis ni akan menolong pembaca keluar daripada zon selesa and face the challenging life.

Ringkasnya, manusia ni ada banyak jenis. Dalam buku ni menjelaskan 2 jenis sahaja. Pertama, ia dipanggil “Grandiose Narcissism”. Orang jenis ni tersangat obsess dengan diri sendiri. Mereka fikir dia sorang je hebat, pandai dan perlu diberi layanan VVVIP lah sebab rasa diri dia special. Orang jenis ni orang panggil lapar perhatian, gila kuasa. Contohnya ahli politik atau artis. Saya tak cakaplah GN ni tak bagus. Dorang ni ade good side. Tak salah kalau gila kuasa, gila harta etc as long as the path u want to get it tak langgar hokum syarak dan dalam masa yang sama ia memberi kesan positif kepada orang sekitar kamu.

Kedua, “Vulnerable Narcissism”. Orang jenis ni mudah terdedah dengan pelbagai emosi. Contoh, Ali dapat no. 1 dalam kelas, Abu dapat no. 2. Abu rasa diri dia tak cukup pandai dan dia fikir dia layak dapat no. 1. Emosi sedih ni akan bermain dalam otak Abu. Akhirnya akan buat satu keputusan yang negative [bunuh diri]. Keputusan yang dibuat memang akan memberi kelegaan kepada Narcissists. Tapi ia memberi kesan buruk kepada orang sekeliling mereka. Senang cakap, menyusahkan orang lain. Sampai satu tahap, orang jenis ni boleh kena penyakit dipanggil “Narcissistic Personality Disorder”. Seorang yang NPD ni sebenarnya dia nak orang recognize dorang. Nak orang kagum. Diberikan hak. Kalau orang lain dapat keje best, dia pun nak jugak. Kalau tak dapat, dia mengamuk. Sikap “Vulnerable” ni ada baik buruk dia. Bergantung kepada how you manage it.

Golongan jenis VN ni akan menimbulkan satu perasaan, iatu “Saya tak pernah cukup”/ “I am not good enough”. Golongan ini takut untuk buat sesuatu. Takut mereka tidak layak dengan keputusan hasil usaha mereka. Golongan ini juga akan rasa malu dengan apa sahaja mereka buat. Oleh sebab itu, kalau anda pernah melalui situasi ini, malu dan takut ni sering bergerak seiringan.

So, Brene Brown nih ingin cuba bawa narcissism dalam konteks “Vulnerability”. Ramai manusia tak sanggup dikecewakan dalam percintaan, hubungan, kerjaya mahupun kekeluargaan. Menyebabkan mereka takut melawan rintangan. Dua emosi ni menyebabkan manusia tak mampu keluar dari kepompong mereka. Terperangkap sehingga mereka tak dapat apa yang mereka mahu. Akhirnya semua tercicir. Mereka yang berjaya melawan perasaan takut dan malu adalah seorang yang hidupnya dipenuhi sifat positif atau “Wholeherated”. Yes! Buku ini akan membantu pembaca melahirkan emosi yang positif. Buku ini akan meyakinkan para pembaca bahawa mereka layak untuk dapatkan apa yang mereka mahu. Walaupun kamu berfikir “Ya, saya bukan seorang sempurna dan selalu terdedah perasaan takut dan malu, tapi semua itu tidak akan mengubah kenyataan bahawasanya diriku cukup berani dan layak untuk dicinta dan dimiliki” [ Contoh situasi bagi orang bercinta]

Buku ini amat bagus untuk seseoarang yang ingin cuba sesuatu yang baru. Ia akan memberi suatu inspirasi kepada pembaca “Saya boleh buat!”. Ia akan membantu pembaca menjinakkan perasaan takut dan malu menjadi sesuatu yang indah!

Apa yang membuatkan buku ini menarik adalah, ia berkisarkan kisah benar penulis dan disampaikan kepada pembaca dengan nada yang cukup serius.

InshaAllah jika diberi peluang, saya akan terus mengulas buku ini dengan lebih terperinci di bahagian kedua.

Diulas oleh : Muhammad Aiman bin Rahimi


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Muhammad Aiman Rahimi
Muhammad Aiman Rahimi
Articles: 1