Ulasan Buku : Dunia Tanpa Tembok

 

ILMU ADALAH KUASA.

BAHASA ADALAH SIMBOLIK.

GEOGRAFI ADALAH TAKDIR.

 

Ketiga-tiga ungkapan ini adalah faktor yang boleh meruntuhkan tembok perbezaan manusia di dunia dalam mencapai kata sepakat dan kefahaman antara satu sama lain.

Ilmu tentang geopolitik antarabangsa pula adalah kunci untuk kelangsungan hidup negara dan bangsa, dan ilmu yang diperoleh harus berdasarkan prinsip-prinsip Realisme, Diplomasi dan Patriotisme.

Prinsip-prinsip ini diterangkan melalui 50 artikel yang merupakan catatan penulis sepanjang setahun yang lepas tentang geopolitik dan hubungan antarabangsa melalui buku ini.

TENTANG BUKU

 

Penulis iaitu Ayman Rashidan Wong seorang pegawai tadbir diplomatik di sektor awam mengulas tentang isu-isu semasa sama ada dalam atau luar negara. Beliau seorang yang komited dalam mengajar masyarakat khususnya warga sosial media(Facebook) untuk menilai sesuatu perkara dengan ilmu bukan dengan dengan persepsi atau menelan segala berita-berita angin sahaja,

Dengan ulasan beliau di media sosial mengenai isu semasa telah menarik ramai netizen untuk mengikut beliau serta berinterkasi dengannya. Di dalam buku dunia tanpa tembok ini, banyak perkara akan membuka ruang di minda kita untuk berfikir semula dan melihat sesuatu benda dengan lebih jauh.

Dengan gaya penulisan yang santai akan memastikan pembaca akan terus ingin membaca. Ini secara tidak langsung, buku ini telah men’sekolah’kan kita untuk mempelajari ilmu sebelum membuat sesuatu perkara lebih-lebih lagi mengenai ilmu politik, hubungan antarabangsa dan diplomasi sebelum membuat andaian atau menelan khabar .

KUMPULAN PEMBACA

Semua lapisan masyarakat harus membaca buku sebegini kerana ia mengajar kita untuk berfikir lebih dalam dalam sesuatu perkara. Kita tidak boleh hanya hidup dalam andaian semata-mata kerana andaian itu tidak berteraskan ilmu dan andaian itu juga lebih mendekati akan tidak benar.

Setiap perkara harus dipertimbangkan dengan ilmu dan pengalaman sama ada untuk menyelesaikan masalah atau membuat sesuatu strategi mahupun untuk mendapatkan jawapan bagi setiap masalah.

 

SUDUT PANDANGAN PERIBADI DAN SARANAN

Bagi pandangan saya terhadap buku ini ialah, buku yang harus dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat terutama kepada pelajar yang berkaitan dengan hubungan antarabangsa, sains sosial, sains politik dan sebaris dengannya kerana buku ini juga secara tidak langsung mengajar kepada kita.

Bagi yang suka mengikuti isu semasa serta ingin tahu mengapa tindakan sedemikian di ambil oleh negara tersebut atau ingin tahu mengapa ia terjadi juga harus memiliki buku ini.

Saranan saya adalah untuk mengikuti beliau iaitu penulis di laman media sosial Facebook beliau. Serta, bagi yang ingin memiliki buku ini ada pesanan beliau untuk penulis iaitu “Pembaca dinasihati membaca dengan tenang”.

Tidak lupa juga, harus kita mempunyai kamus di samping kita semasa membaca kerana akan ada jorgan-jorgan yang kita tidak faham kerana bahasanya bercampur dengan istilah bahasa Inggeris dan jangan serabut jika tidak faham hanya perlu tarik nafas dan bertenang…

Diulas oleh : Muhammad Nur Iman Syah Bin Mochamat Yusuf


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Muhammad Nur Iman Syah
Muhammad Nur Iman Syah
Articles: 1