Ulasan Buku : Barongan

Assalamualaikum ❤

Bila semangatnya telah kuseru, maka tiada siapa dapat menghalangnya.

Kalau lihat kepada tajuk novel Barongan ini. Aku yakin mesti ramai yang tidak mengetahui apakah maksudnya. Justeru itu, aku akan memberi sedikit maksud Barongan. Barongan merupakan figura mitos di dalam mitos Jawa dan Bali. Karya Naim Tamdjis kali ni menjadi pilihan aku setelah aku baca karya Naim yang bertajuk Roh Rumah Sewa dan Projek Seram Hotel. Memandangkan, aku sangat tertarik dengan cerpen Naim di dalam Projek Seram Hotel yang bertajuk Gentayangan. Barongan merupakan sambungan dari cerpen tersebut di mana ada terselit watak badut yang bakal diketahui dalam novel Barongan ini. Aku hanya mengambil masa selama 2 jam sahaja untuk menghabiskan novel tebal yang mempunyai 499 mukasurat ini. Teruja? Ya. Aku teruja sangat haha.

Menurut pemerhatian aku. Sinopsis Barongan ini memberikan aku seribu satu perasaan di mana, watak utamanya seorang perempuan yang bernama Kyra yang aku fikirkan seorang watak yang sangat innocent, lemah dan lembik tidak berdaya sama seperti di dalam novel cinta yang aku baca sebelum ini. Dan sudah semestinya dgn keadaan dia yang berstatus anak Yatim piatu dan dijaga oleh pakcik dan makciknya membuatkan aku sekali lagi teringat akan cerita dongeng Cinderella. Dimana Cinderella yang dibuli teruk gara gara sifat benci dan hasad dengki.

Akan tetapi, sangkaan aku meleset saat Kyra jejakkan kaki dia di kolej. Dunia yang bebas buat Kyra. Penulis olah cerita dengan sangat baik di mana dia wujudkan watak seperti Sally dan Ameera yang sangat la annoying, busuk hati, dan psiko.Duduk serumah dengan pembuli memang sangat menyakitkan hati tapi Kyra tetap mengikut telunjuk mereka. Itu yang membuatkan kawan baik Kyra sangat sakit hati. Melihat keadaan Kyra yang tidak berdaya. Walaupun Kyra tidak dibuli secara fizikal, namun buli si Sally dengan Ameera boleh dikategorikan sebagai buli mental.

Kematian Ezah memberi satu kesan yang mendalam buat Kyra.

Bahagian yang menjadi kesukaan aku dalam novel ini ialah dimana Kyra telah bersatu dengan Barongan ketika dia membuat tugasan berkumpulan di kolejnya. Ianya mengenai Barongan. Barongan dan Kyra membuat perjanjian bersama dan Kyra berubah dalam sekelip mata. Kyra yang lemah tidak ada sama sekali, yang ada hanyalah Kyra yang berani dan sanggup membunuh sesiapa sahaja yang pernah menyakiti dia dan kawan baiknya Ezah. Kyra seperti dirasuk.Aku suka bilamana penulis dengan jelasnya menceritakan setiap seksaan yang dilakukan oleh Kyra terhadap mangsanya seolah olah aku sebagai pembaca berada dalam cerita tersebut dan melihat di depan mata perbuatan Kyra itu. Dan watak seperti Inspektor Arisya dan badut membuatkan aku bertambah teruja untuk membaca helaian demi helaian.

Satu naskah yang tidak rugi untuk dibaca kerana akhirnya pengajaran yang dapat kita simpulkan ialah iman manusia itu ada naik turunnya. Kita sebagai hambaNYA kena sentiasa ingat kepada pencipta kita semua. Syaitan itu sentiasa ada untuk menyesatkan hati kita untuk melakukan perbuatan yang Allah tidak suka.

Diulas oleh Syafiqah Shoid


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Syafiqah Shoid
Syafiqah Shoid
Articles: 1