Ulasan Buku : Urus Rumah With Hani

Ulasan Buku : Urus Rumah With Hani

Buku Urus Rumah With Hani adalah karangan seorang penulis wanita yang dikenali ramai iaitu doktor Hani Mynis. Buku ini merupakan panduan lengkap dalam mengatasi kemurungan atau stress menguruskan rumah disertai tips dan infografik berwarna yang boleh menarik perhatian pembaca. Kandungan buku tersebut merangkumi 3 bab utama. Memuatkan 248 muka surat dan diterbitkan oleh Puteh Press 2019.

Bahagian pertama mengupas mengenai bab pengurusan makanan. Penulis memecahkan pada 4 bahagian.

  1. Perancangan menu. Penyediaan menu mengikut jadual memudahkan proses pemilihan menu dilakukan pada setiap hari. Contoh hari Isnin menu masakan adalah ikan.

  2. Pembelian bahan mentah. Tips memilih bahan mentah yang segar bugar di pasaran. Contoh tips memilih udang yang segar, kulit udang berwarna lutsinar kehitaman dan tidak berbau busuk.

  3. Penyediaan awal bahan masakan. Menyediakan bahan masakan lebih awal dapat menjimatkan waktu dan tenaga. Contoh, ayam yang dibeli boleh dipotong terlebih dahulu, dibuang lemak dan diasing mengikut menu masakan harian. Bila mula hendak memasak, daging ayam boleh dikeluarkan dari dalam peti ais.

  4. Proses memasak. Semasa memasak, elak membuang masa dan kelam kabut ketika memasak. Keluarkan bahan mentah seperti protein beku untuk dicairkan sebelum memasak.

Bahagian kedua pula berkaitan pengurusan pembersihan rumah. DR. Hani memberikan 10 tips mengemas rumah agar suasana nyaman, bersih, tidak serabut dan merosakkan pemandangan. Bahan-bahan dari dapur juga boleh dijadikan alat pembersih semula jadi tanpa ada kesan sampingan. Contohnya siling dan dinding boleh dibersihkan dengan campuran 1 cawan air, 2 sudu cuka makan dan 4 titis cecair pencuci pinggan. Bahan berguna seperti minyak zaitun dan soda bikarbonat juga boleh menyucikan benda-benda yang kotor. Penulis juga menyenaraikan jadual rutin mengemas supaya rumah terurus dan teratur. Tempoh yang sesuai diberikan adalah 30 minit untuk menyiapkan kerja-kerja mengemas rumah.

Bahagian ketiga terakhir, penulis melampirkan 7 tips pengurusan kewangan. Isi rumah akan diajar menganalis jadual kewangan, menyimpan emas dan duit tabung haji, cara uruskan hutang melalui teknik bola saji, melabur dan menguruskan bayaran zakat. Rekod pembayaran seperti bil utiliti yang perlu dikemas kini pada setiap bulan. Cara kira kadar cukai pendapatan, rekod perbelanjaan untuk mengenal pasti jumlah wang keluar masuk setiap kali pembelian dilakukan. Disini pula kita akan tahu sekiranya ada kerugian dan lebihan wang yang digunakan sepanjang ia dikeluarkan.

Ketiga-tiga bahagian yang dipaparkan ini mempunyai banyak lagi tips-tips dari penulis sendiri seperti teknik menyimpan bahan mentah, susun atur perabot, langkah menjimatkan air, elektrik dan pembelian barang dapur. Istimewanya dalam naskah ini pula, penulis berkongsi resepi pes sambal yang mudah dimasak dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas.

Para ibu atau sesiapa saja yang bergelut dalam masalah memastikan keadaan rumah dengan rapi, putih bersih dan dihidangi makanan sihat dan lazat, buku Urus Rumah With Hani adalah buku rujukan paling sesuai bagi setiap individu yang mengimpikan rumah terhias cantik dan kemas. Di hadapan kulit buku ini juga, penulis berkongsi kepakaran beliau di media sosial dengan meletak tanda hastag :

#KEMASRUMAHWITHHANI

#TIPSHANIMASAK-MASAK

#URUSDUITWITHHANI

Sekarang ini pula DR. Hani sedang aktif mempromosikan ebook terbaru di laman facebook beliau dengan tanda pagar #HANIMYNISSTATERPACK.

Jemput follow dan baca idea-idea bernas dari facebook beliau Hani Mynis.

Selamat membaca !


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca