Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Why Men Can Only Do One The At A Time And Women Never Stop Talking

Ulasan Buku : Why Men Can Only Do One The At A Time And Women Never Stop Talking

Why Men Can Only Do One Thing At A Time And Women Never Stop Talking merupakan karya tersohor penulis pasangan suami isteri yang terkenal iaitu Allan & Barbara Pease. Allan (1952) selain pakar ahli bahasa badan kelahiran Australia, beliau juga pengarang dan penulis yang menghasilkan banyak buku bersama isterinya. Buku mereka terlaris dan diterjemahkan dalam puluhan bahasa asing. Termasuklah buku ini diterjemahkan kepada Bahasa Melayu oleh Norliza Abu Bakar dan diterbitkan PTS, Pulishing House Sendirian Berhad. Ianya memuatkan 128 halaman, lakaran ilustrasi, dialog sebagai tamsilan dan tulisan yang berwarna.

Perjalanan buku tersebut membawa pembaca mengenali, cara memahami, mengetahui jiwa, sikap wanita dan kehendak lelaki berdasarkan kajian. Karakter yang dimainkan oleh kedua belah pihak selalu dilihat tidak sepadan dalam kehidupan seharian. Kadang-kadang boleh menimbulkan pertelingkahan walau hanya pada perkara remeh-temeh. Begitulah lelaki dan wanita bagaikan langit dan bumi.

Benda ‘simple’ bagi lelaki, tapi tidak ‘simple’ bagi wanita. Perempuan boleh melakukan lebih dari satu pekerjaan dalam satu masa. Dia boleh berbual di telefon sambil memasak, boleh memandu kereta sambil bersolek, ini kerana otak wanita mempunyai jaringan saraf 10 peratus lebih tebal antara cuping telinga kiri dan telinga kanan hingga jumlahnya boleh mencecah sebanyak 30 peratus. Berbeza pada kaum lelaki yang hanya mampu tertumpu pada suatu perkara dalam satu masa. Sekiranya seorang isteri bercakap-cakap semasa suami memandu, maka ada peluang besar suami terlepas simpang atau lebih daripada itu. Sebab itu bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini terjadi, maka harus memahami dan mengenal selok-belok kelakuan pasangan masing-masing.

Lelaki Tidak Pernah Nampak Perkara-perkara Yang Kecil.

Sepasang suami isteri Lyn dan Chris sedang bertengkar ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri suatu majlis. Dalam perbualan itu, Lyn tersangatlah marah. Rupanya yang menjadi punca kemarahannya itu, ketika berada di sebuah majlis seorang wanita cuba merapati Chris.

Tanya Lyn, “Perempuan yang asyik menempek dekat abang tadi itu hendak menggoda sebenarnya, dan abang pula seperti menggalakkan dia lagi!.”

Chris kehairanan, ‘perempuan mana pula ini? Menggoda apanya!

Sebenarnya Chris langsung tidak menyedari tindakan perempuan itu. Malah Lyn melihat ia hal yang sungguh menyakitkan hati.

Lelaki tidak nampak pada perkara-perkara kecil yang bagi wanita ia adalah perkara-perkara besar yang kerap terlepas pandang. Kebolehan mengesan isyarat visual, vokal dan lenggok tubuh tidak dimiliki oleh lelaki, melainkan wanita. Sebab itulah Lyn bertindak cepat dan pantas mengesan wanita yang cuba menggoda suaminya. Bagaimana pula dengan Chris? otak lelaki tidak dicipta bagi mendengar dan melihat secara terperinci.

‘Orang lelaki bukan tidak peka terhadap perkara-perkara kecil. Cuma Otak mereka tidak dapat menangkap isyarat bukan verbal, yang mana membolehkan wanita mengesan perkara-perkara kecil pada diri orang lain.’

-Why Men Can Only Do One Thing At A Time, and Women Never Stop Talking hal.29.

Ada bermacam lagi sekiranya pembaca hendak mengetahui dan membezakan ciri-ciri wanita dan lelaki dari segi aspek mendengar, komunikasi, kebolehan, emosi dan fikiran. Jadi, jangan mudah salahkan pasangan anda ya sekiranya mereka tidak memiliki kebolehan tertentu, cuba bantu beri kepercayaan.

Naskhah ini lebih sesuai dibaca bagi pasangan yang sudah berkahwin seperti yang tertera dibahagian pengenalan kerana kandungan dua bab terakhir ada menyentuh hal-hal selepas perkahwinan. Tapi pada pandangan saya sendiri, boleh juga dibaca bagi pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga untuk mengukukuhkan ilmu perkahwinan.

Dapatkan karya Allan dan Barbara Pease edisi melayu (Penulis BestSeller Antarabangsa, The Definitive Book Of Body Language) dengan terus klik laman web PTS pada harga Rm 14.90 SM, Rm 16.90 SS.

Selamat Membaca !


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca