Ulasan Buku : Isteriku Menikahkanku

Ulasan Buku : Isteriku Menikahkanku

Pembahasan yang selalu menjadi punca pertengkaran antara lelaki dan wanita, suami dan isteri juga wanita sesama wanita. Topik yang begitu hangat sekali diperkatakan membuatkan hukum ta’addud (poligami) ini disisihkan oleh masyarakat islam umpama anak tiri yang terbuang tanpa pembelaan!

Seringkali didengari berbagai cerita-cerita buruk seputar ta’addud (poligami) dan isu ini menjadi sangat sensetif dalam kalangan wanita muslimah dan penolakan yang begitu ketara dan meluas pula.

Tidak dinafikan ramai wanita muslimah menolak tanpa ilmu dan cuma ikut-ikutan mencela dan terbawa hawa nafsu kerana kecemburuan yang berlebihan akibatnya  hukum ta’addud (poligami) ini tersisihkan dan sangatlah sukar diterima, sekalipun ada sebilangan kecil wanita muslimah yang menerima dan mempraktikkan ta’addud (poligami) dalam kehidupan mereka maka tomahan dan penghinaan begitu besar menghujat para isteri yang menerima  sehingga jika tidak ditantang dengan ilmu dan keimanan dalam hati pasti mahligai yang dibina goyah kerana fitnah yang melanda. Hakikatnya di zaman serba moden ini pemikiran para wanita muslimah semakin mundur terbuang jauh dari tuntutan agama sebaliknya menyanjung tinggi sistem demokrasi dan hak asasi yang jauh menyimpang dari sistem kehidupan islam sebenar.

Buku ini tampil memberi kefahaman kepada masyarakat umumnya tentang pensyariatan ta’addud (poligami) dan kelebihan serta ujian-ujian dalam kehidupan seputarnya, penulis memulakan buku ini dengan sedikit cuitan kisah benar dialog antara suami dan isteri yang saya kira ada lucu sedikit, dan sangat sampai ke hati jika di baca dengan nada yang tenang dan perlahan serta penuh penghayatan, sebuah pembuka kata yang sangat menyenangkan!

Gaya penulisan yang santai dan mudah difahami membuat pembaca mudah menghadam setiap penerangan yang disampaikan, buku ini mengandungi 173 muka surat dan 3 bab pembahasan yang berlainan antara yang menarik dalam buku ini adalah :

a) Contoh wanita-wanita yang meminang untuk suami-suami mereka

b) Jeritan-jeritan para wanita yang telah lanjut usia dan para janda

c) Sebab-sebab sebahagian wanita menerima ta’addud (poligami)

d) Sebab-sebab kegagalan sebahagian para lelaki dalam berta’addud (berpoligami)

e) Sebab-sebab kejayaan sebahagian lelaki dalam berta’addud (berpoligami)

f) Bahayanya dilarang ta’addud (poligami)

g) Pengaruh media masa terhadap ta’addud (poligami)

h) Ilmuwan-ilmuwan barat menuntut diterapkan ta’addud (poligami)

i) Ta’addud (poligami) sepanjang sejarah Yahudi, Nasrani, dan Islam.

j) Nasihat kepada para isteri-isteri dan suami-suami yang berta’addud (berpoligami)

k) Bagaimana membuat isteri menerima ta’addud (poligami)

Satu isu yang agak mencabar untuk diulas dan dibentangkan kepada umum kerana pasti ramai yang tidak senang dalam pembahasan topik ini. Apa yang ingin saya sampaikan melalui ulasan buku ini adalah keterbukaan khususnya bagi kaum wanita muslimah dalam memahami hukum ta’addud (poligami) ini dengan lebih mendalam agar tidak mudah disalahfaham dan akhirnya menjadi bahana penindasan kepada kaum wanita/isteri pula seperti yang masyarakat umum sudah sedia maklum.

Sekaligus penulis memberi teguran tegas kepada kaum lelaki agar mempraktikkan sesuai sunnah dan bukan hawa nafsu semata kerana salah satu punca penolakan hukum ta’addud (poligami) ini adalah kerana berlaku kepincangan didalam pelaksanaannya dan itu adalah dipelopori oleh kaum lelaki, sehingga membentuk satu kelompok yang memerangi hukum ta’addud (poligami) ini baik itu dari kalangan wanita muslimah sendiri mahaupun yang bukan beragama islam.

Cubalah sebaik mungkin memahami nas-nas yang shahih agar tidak menyimpang dari landasan yang telah digariskan hukum agar selari dengan tuntutan agama iaitu sesuai sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam.


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca