Ulasan Buku : The Art Of Letting God

Buku ini amat dekat kepada sesiapa antara mereka yang pada saat ini merasa diri ini terasing, rasa kehilangan, serta dalam satu tekanan realiti kehidupan. Ciri-ciri muka depan yang berkonsepkan minimalist dan simple dapat menarik minat para pembaca selain penulisannya ringkas namun padat dengan isi-isi yang bermanfaat. Sesiapa yang tidak mengenali siapakah Mizi Wahid ini maka saya berikan ringkasan pengenalan diri beliau. Mizi Wahid atau lebih dikenali sebagai ustaz Mizi Wahid merupakan anak kelahiran Singapura dan juga merupakan siswazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah dari universiti Al-Azhar dan telah memulakan karjayanya di Singapura di Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Beliau kini telah menubuhkan Institusi Safinah kerana mengetahui bahawa keperluan menyebarkan agama Islam kepada mereka yang ketagih ilmu namun keterbatasan waktu. Kini beliau giat dalam menghasilkan beberapa buah buku, antaranya “ THE ART OF LETTING GOD”.

Buku ini merupakan buku motivasi yang menggunakan bahasa Inggeris mudah serta senang untuk difahami. Terlalu mudah untuk kita berputus asa dalam sesuatu perkara tanpa berusaha atau mencuba terlebih dahulu. Ini merupakan realiti kehidupan sekarang. Berserah dan berputus asa merupakan dua perkara yang berbeza. Berserah merupakan menyerahkan segala keputusan kepada Allah setelah melalukan segala daya upaya kerana dia akhirnya kita tahu bahawa Allah Maha Mengetahui akan sesuatu terbaik buat hambanya. Putus asa merupakan sebaliknya tanpa melakukan apa-apa. Petikan dari buku “ THE ART OF LETTING GOD”.

We Surrender too Soon

One day, Prophet Muhammad (peace be upon him) noticed that a bedouin had left his camel alone without tying it. Prophet Muhammad then asked the bedouin, “ Why don’t you tie your camel?” The bedouin answered, “ I put my trust in Allah,” Then the Prophet replied, “ Tie your camel first and then put your trust in Allah.”

[ Narrated by at-Tirmizi ]

Ini merupakan maksud sebenar berserah segalanya kepada Allah. Berserah diri bukan sahaja setelelah melakukan yang terbaik pada diri kepada Allah. Namun, ia lebih daripada itu. Penulis membawa pembaca kepada proses penyerahan diri dalam pelbagai perkara dalam kehidupan sebagai tanda pengharapan pertolongan Allah. Islam amat mementingkan niat dalam setiap ibadah yang dilakukan. Penulis kerap membicarakan tentang hati yang bersih kerana ia berkait rapat dengan niat.

Tidak salah untuk berehat seketika, namun bangkitlah dengan penuh semangat dan pengharapan kepada Allah. Sekiranya apa yang diusahakan tidak berhasil dengan kehendak, Allah ada rahsia disebaliknya. “God always has perfect timing. He’s never too early, and has never been late. When you meditate with Quran and dzikrullah (remembrance of God), it’ll all be worth the wait” – Mizi Wahid –  Petikan dari buku “ THE ART OF LETTING GOD”.

Setiap perkara yang ingin dilakukan pastikan ia sandarkan kepada Allah tuhan yang esa. Setiap bab, penulis sentiasa memberikan peringatan bahawa Allah ada bersama kita. Setiap manusia melakukan dosa namun Allah juga sentiasa memberi petunjuk serta jalan untuk kembali kepadanya. Sangkaan manusia tidak sama apa yang ada dalam hati manusia malahan tidak sama sekali percaturan dengan kehendak Allah. Sentiasa sangka baik kepada Allah dalam segala hal. “ when some people have only negative things to consistenly say about you, it may be more of a reflection of their world view than about who you truly are” – Mizi Wahid –

Kesimpulannya, amat disarankan kepada rakan-rakan untuk membaca serta merasai sendiri karya penulisan Mizi Wahid. Penuh dengan nasihat serta kata-kata yang menyentuh jiwa. Penulis sendiri menulis beberapa pengalaman beliau serta pelbagai realiti kehidupan sehingga merasa kaitan kepada sesiapa yang membacanya.

Page: 147

Price: RM50 sem.Malaysia & RM55 Sabah/ Sarawak

Ulasan buku: Ain Najihah Azmi


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Ain Najihah
Ain Najihah
Articles: 1