Ulasan Buku : Refleksi Diri

Judul : Refleksi Diri.
Penulis : Prof.Dr.Muhaya Hj Mohamad.
Penerbit : As-Sohwah.
Format : Kulit Nipis.
Halaman : 144
ISBN : 978 967 103 659 4
Pengulas : Lila Roselily Madais (pena si penulis).

Bismillah hirrahman nirrohim. Alhamdulillah. Buku ini adalah hadiah daripada suami saya beberapa tahun yang lalu sewaktu saya pergi menghadiri hari konvokesyen saya di Institusi Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah(IPDAS). Buku ini bertajuk “Refleksi Diri”. Penulisnya Prof. Dr. Muhaya Hj Mohamad. Terbitan As-Sohwah, berformat kulit nipis dan mempunyai 144 halaman. Harga RM 17.00 Sabah dan Sarawak.

Dalam buku ini, penulis fokus memuatkan banyak kata mutiara yang merupakan cetusan fikiran bernas. Refleksi diri ini bermaksud tindak balas. Dan setiap kata-kata yang disampaikan bertujuan memberi makna yang berharga buat para pembaca. Mendorong dan membantu kita menguatkan fikiran dan jiwa disamping membuka jalan ke arah mencari kebijaksanaan dalam berfikir. Bukan itu sahaja, malah kita dapat belajar bagaimana hendak menerima kebenaran disaat mendengar kata-kata yang sentap dan tepat. Oleh itu, mahu tidak mahu. Kita tetap perlu akur akan kebenaran tersebut, lebih-lebih lagi apabila kata-kata itu berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Kerana menerima kebenaran penyembuh segala kebatilan. Menjernihkan akal fikiran sekaligus menghasilkan seorang insan yang positif mindanya, kreatif dan inovatif.

Membaca buku “Refleksi Diri” ini membuatkan saya menjadi bertambah bersemangat dan rasa terdorong mencipta kata-kata semangat yang positif dan berkarisma buat para sahabat saya yang memerlukan nasihat santai tapi sampai. Asalkan kata-kata yang sumbernya berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Sekaligus mendorong mereka untuk memperbaiki diri dari segi persepsi negatif kepada persepsi positif. Melakukan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat sehingga mahu menelaah buku agar rajin membaca walaupun dengan satu lembar sehari.

Saya cadangkan buat para sahabat-sahabat muslimah di luar sana agar memilih buku ini sebagai panduan membina kata-kata yang lebih berkesan agar kata-kata yang disampaikan menjadi lebih indah dan menarik. Selamat memberi inspirasi !

Lila Roselily Madais
(Pena Si Penulis)


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Lila Roselily Madais
Lila Roselily Madais
Articles: 3