Ulasan Buku : Eat, Pray, Love

Kenapa setiap wanita perlu membaca buku ini.

Eat Pray Love adalah memoir peribadi, Elizabeth Gilbert yg mengupaskan tentang bagaimana dia menghadapi kemurungan yg membelenggu hidupnya selepas episod penceraian bersama suaminya sehinggalah dia berjaya mengatasinya dengan perjalanan “mengenal diri” selama setahun utk mencari “sesuatu” yg boleh membangkitkan dirinya dari kemurungan yg melampau di negara Itali, India, dan Indonesia. Buku ini menarik perhatian sy dan sy terfikir kenapa dari dulu lg sy tidak dipertemukan dgn buku ini dan membacanya ketika sy mengalami “krisis hidup” pd tahun 2017.

Kisah ini bermula apabila ketika dia sering menangis di lantai bilik mandi. Elizabeth Gilbert mempunyai segala-galanya dalam hidup. Tetapi dia tidak gembira. Dia mendapati dirinya dalam krisis pertengahan umur dan ingin menceraikan suaminya-(budaya barat, kuasa cerai berlainan dgn kita dimana ianya terletak pd suami) Dia mengalami “kesakitan” yang dahsyat dimana kebimbangan yang melampau menguasai dirinya dan kemurungan yang pada suatu hari, dia tidak dapat menanggungnya lagi. Apa yang dia lakukan? Dia berdoa. Selepas perceraian yg buruk, dia memulakan perjalanan ke negara yang tidak diketahuinya sebelum ini iaitu kepuasan makanan yg ada di Itali, pengamalan rohani di India, dan hadiah yang tidak diduga dari Bali, Indonesia.

Bermula dgn pengembaraannya di Itali, Elizabeth Gilbert pergi ke Rom untuk menikmati makanan Itali dan mempelajari bahasanya yg dia kagumi sebelum ini. Sebagai salah satu cara utk “melepaskan diri” dari kehidupannya yang tercabar, dia dapati dirinya masih berperang dgn emosi perceraiannya dan emosi yg lain. Di bahagian ini, ia mengajar saya betapa pentingnya melepaskan sesuatu dgn redha tanpa berfikir balik benda lepas.

Pengamalan sifat² rohani di India. Apa yg paling sy kagumi tentang bahagian buku ini ialah dia bercakap tentang kesukarannya sendiri kerana melakukan byk kebencian terhadap bekas suaminya. Perjalanan rohani Elizabeth Gilbert membuat kita menyedari bahawa berpegang kpd masa lalu adalah sesuatu yg bodoh dlm perkembangan hidup seseorang bahkan penting utk berfikir benda yg baik utk kepentingan diri sendiri, memaafkan diri dan bergerak ke hadapan.(move on)

Hadiah yg tidak diduga di Bali,Indonesia ialah apabila Elizabeth belajar seni mencari keseimbangan antara kehidupan dan kerohanian. Dalam bahagian buku ini, ia menceritaka tentang pengalamannya di tempat yg cantik dan menarik utk mengetahui tentang hubungannya dengan Guru rohaninya, Katut.

Kesimpulannya, akan sentiasa ada seseorang yg datang ke dlm hidup kita tanpa diduga, menguji setiap rentak kehidupan kita dan akhirnya membawa kpd pengajaran dlm seumur hidup kita. Elizabeth takut untuk membuka pintu hatinya utk bercinta lagi tetapi akhirnya dia tewas.
Memoir Elizabeth ini adalah “ubat” bagi mereka yang mengalami kemurungan. Ia adalah buku “must-read” yg mengajar kita utk memaafkan dan belajar daripada kesilapan masa lalu,merangkul cinta diri, dan mencari keseimbangan diri yg betul.

 


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nor Shuhada
Nor Shuhada
Articles: 32