Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Catatan Fikir Dua Penulis

Ulasan Buku : Catatan Fikir Dua Penulis

“Penulisan adalah suatu aktiviti penterjemahan pemikiran ke dalam bentuk perkataan-perkataan..”

Buku yang berhalaman 251 muka surat ini merupakan hasil karya dua penulis berimpak Malaysia iaitu Hilal Asyraf dan Zahiruddin Zabidi. Buku ini aku beli empat tahun lepas namun isinya masih kekal relevan. Setiap helaian buku ini sarat dengan tips berguna untuk menjadi seorang penulis. Walau bagaimana pun, buku ini sesuai sahaja untuk sesiapa yang merasakan idea atau pemikirannya perlu disampaikan. Tidak semestinya perlu mempunyai niat untuk menjadi penulis professional.

Kah! Rasanya aku macam mempromosikan buku ini. Malangnya tidak berbayar pula. Namun itu tidak mengapa. Aku fikir sudah tiba masanya orang Islam berusaha menjadi seorang pemikir. Kita tidak hanya mahukan penghibur dunia yang sementara, tapi kita juga memerlukan penyubur pemikiran.

Buku ini menyedarkan kita betapa menulis itu mampu menjadi sebuah akses terbaik kepada sebuah pemikiran. Ada ramai manusia yang mengatakan dirinya beriman, belajar agama tetapi sayangnya mereka gagal untuk menyampaikan sesuatu yang hak dengan berkesan terutamanya dalam penulisan. Kadang – kala mengundang kecaman dan fitnah. Sayang bukan?

Sedikit catatan dalam buku itu,

“Kebenaran yang tidak bersistem akan ditewaskan oleh kebatilan yang bersistem.”

Jadi dalam banyak-banyak buku penulisan, mengapa buku ini? Kerana buku ini mempunyai ‘roh’ pemikir. Tidak hanya berisi tips-tips penulisan berkesan. Diselitkan juga perjalanan awal Tuan Hilal Asyraf dan Tuan Zahiruddin Zabidi.

Jika anda merupakan penuntut ilmu, pastinya ini buku yang perlu anda miliki. Agar nanti kita lebih faham mengapa kita perlu menulis. Moga suatu hari nanti lebih ramai pemikir Islam akan lahir.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca