Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Be Strong

Ulasan Buku : Be Strong

“Teruskan melangkah bagi yang sedang mencari jalan. Teruskan kuat bagi yang sedang mencari kekuatan.

Teruskan berusaha bagi yang sedang berusaha capai tujuan..

 Teruskan tanpa kau menoleh kebelakang, Kau dilahir untuk bermusafir..

Musafir mencari jalan pulang

 Disana nanti, bahagia sebenar-benarnya akan kau huni. Teruskan!”

Be Strong, sebuah buku tulisan Puan Bonda Nor, yang melengkapi buku ini, dapat dirumuskan bahawa penulis mengajak kita berdamai dengan setiap kesulitan yang dialami dalam hidup, sungguh, cara berfikiran yang betul akan membantu kita lebih tenang dan kuat, biar apapun dugaan yang datang, kita tempuhilah dengan tenang. Dan berdamailah dengan setiap kekuatan yang diperolehi dari Tuhan sememangnya kita mampu !, mampu sebolehnya mahu dihapuskan dari ingatan kita.

“Kita tidak hina kerana banyaknya parut luka, melayan kecewa hampir hari – hari perlu menanggung, itulah cabaran yang namanya kehidupan. Kita tidak akan mempertuhankan Allah jikalau cabaran itu tidak menghampiri. Terasa jiwa  resah  gelisah.  Perasaan seperti ini adalah fitrah ia menjadi amaran atau hukuman awal yang membawa kita kepada rasa hidup mempertuhankan Allah, kerana Tuhan selalu ada untuk menerima rintihan tangis kita. Mintak lah sumber kekuatan itu dari Allah. Berharap setingginya pada Allah jangan letaklah pengharapan tu dari manusia selalunya akan mengecewakan diri sendiri!”

Buku ini lebih kepada memberikan inspirasi dan pendoman buat manusia untuk menjadi lebih kuat. Memberikan catatan kecil tentang pengalaman si penulis tentang kehidupan nya sendiri, pengalaman jugak menjadikan penulis ini berani untuk menulis tentang orang – orang yang ada di sekelilingnya dan dirinya sendir. Agama merupakan unsur kekuatan dalam buku ini kerana banyak menyentuh kepada keagamaan dan ketuhanan.

So dalam buku ini, penulis memberi panduan hidup bagaimana kita bangkit selepas jatuh yang namanya lelah kehidupan. Bila hati kosong mendekatlah pada Allah bukan pilihan pada manusia, gagal macampun kita. Sentiasa ada pertolongan dari-Nya ! Allah lebih tahu.

Buat pertama kalinya saya membaca buku ini, saya rasakan bahawa buku ini sangat bagus jika dapat dibaca oleh manusia yang rasa diri dia gagal dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran. kerana ia mengajarkan kita bahawa kehidupan adakala dibawa adakala diatas ! Saya sarankan anda perlu beli buku ini, buku ini bukan sahaja memberi inspirasi kekuatan si pembaca, tetapi jugak menyatukan tujuan-tujuan dalam kehidupan menjadi satu visi dalam memaknai sebuah pengorbanan dan pemberian, supaya tetap bersama dalam mencapai redha Allah swt. nampak biasa buku ini tapi pengisian cukup membantu. Saya tidak mahu mengulas lebih panjang tentang buku ini kerana ia akan menjadi lebih seronok jika anda sendiri yang membacanya. Buku ini  boleh didapatkan daripada mana-mana kedai buku berdekatan.

Selamat membaca buku “Be Strong” moga berjaya dihadamkan selepas membaca buku ini dan seterusnya membawa anda ke suatu zon kehidupan yang bernama ketenangan, inshaallah anda boleh !

”Pandanglah hidup ini dari sisi cahaya. Pada setiap ujian yang tiba, ada dosa yang terhapus dan ada hikmah menanti anda. Percaya janji Allah itu sudah pasti tidak dia mungkiri !”

Don’t stop when you tired, but stop when you are done.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca