Ulasan Buku : Wanita Mulia dan Hina

Judul buku Wanita Mulia dan Hina merupakan karya penulis tersohor Misbah Em Majidy. Beliau lahir pada 4 February 1971 dan telah menghasilkan sebanyak 15 buah buku berserta 58 buah buku yang diterjemah. Pada ketika ini beliau berkhidmat sebagai Pengarah al-Majidy Islamic Quranic Studies Sidoarjo Jawa Timur, Indonesia. Buku ini diterbitkan oleh Kemilau Publika SDN BHD, Malaysia setebal 224 muka surat.

Mengenai Buku.

Kehadiran naskah bertemakan Wanita Mulia dan Hina dituliskan untuk menceritakan kisah-kisah wanita dizaman era kenabian. Diantara wanita-wanita yang disebutkan itu ialah :

Asiyah binti Muzahim, Safurah (wanita dizaman Nabi Isa), Rahmah (wanita dizaman Nabi Ayyub), Balqis atau Ratu Saba’. Maryam Puteri Imran. Walihah (wanita dizaman Nabi Luth), Zulaikha (Isteri pembesar al-Aziz) Unaizah (wanita dizaman Nabi Soleh), Isteri Bal’am, Jeridah (wanita zaman Nabi Sulaiman).

Terdapat sedikit kritikan yang menimbulkan persoalan dan tanda tanya kepada para pembaca. Kebanyakkan kisah didalam tulisan beliau mengandungi kisah-kisah israelliyat. Banyak kisah menjadi perbincangan dalam memastikan shahih atau pun tidak.

Walaupun sebahagian riwayat hidup shahabiyyah ada yang direkodkan shahih seperti Asiyah binti Muzahim, Khadijah, Maryam dan isteri al-aziz, namun ada juga cerita-cerita pelik menjadi tanda tanya sebagaimana kisah isteri pembesar al-aziz atau lebih kenali sebagai Zulaikah berkahwin dengan Nabi Yusuf AS dan dikurniakan 2 cahaya mata, Afrayim dan Minsa. Antara lainnya pula kisah isteri Nabi Ayyub AS. Dikatakan Rahmah sanggup memotong rambutnya dan menjualnya untuk mendapatkan biaya merawat penyakit kulit suaminya, Nabi Ayyub AS. Benar dan shahih atau tidak kisah yang dinyatakan atau datang dari sumber israeliyyat?

Apa yang bagusnya, buku ini jujur memberi makluman awal kepada pembaca sebelum memasuki halaman seterusnya bahawa  kisah-kisah tersebut banyak dipetik daripada riwayat israeliyyat.

Umumnya meriwayatkan kisah israeliyyat dibolehkan jika bertepatan dengan riwayat shahih atau ianya tidak bertentangan dengan riwayat yang shahih. Sekiranya meriwayatkan kisah israeliyyat yang bercangggah dengan riwayat shahih, maka hendaklah ditulis dan diberitahukan kepada orang ramai.

Israeliyyat membawa maksud riwayat yang diambil daripada ahli kitab (Yahudi dan Nasrani).

Membaca kisah-kisah israeliyyat jika bertujuan mengambil pengajaran atau ibrah tidak menghalang kita untuk meneruskan bacaan. Namun pembacaan perlu diberi pemerhatian serius di samping membaca dengan nikmat dan santai.

Selamat membaca !


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Syuhara Suriati
Syuhara Suriati

Penulis artikel, antologi dan anekdot.🌷Isteri suri membaca dan menulis 🌷

Articles: 67