Ulasan Buku : Wanita Lebih Mudah Masuk Syurga

Tajuk Buku : Wanita Lebih Mudah Masuk Syurga

Penulis : Muhammad Suhadi

Harga : Rm18 (SM) Rm20 (SS)

Ulasan oleh : Aishah Nerina

Buku sederhana ini dipersembahkan kepada kaum wanita yang memiliki cita-cita tinggi dan bertekad besar untuk beramal soleh. Penulis mengajak para kaum wanita supaya berasa rindu dan terpanggil untuk melihat pesona kenikmatan dan keindahan syurga, dan semakin bersemangat dalam beribadah.

Wanita adalah makhluk yang sarat dengan keunikan dan kelebihan, kerana semakin kita menyelami dunia mereka, semakin pelik permasalahan yang kita temui, mereka berpotensi untuk mudah masuk syurga. Pada masa yang sama, mereka mudah terjerumus ke neraka!

Penulisan yang sarat dengan dalil Al-Quran dan Hadis ini begitu mengujakan pembaca, bukan saja untuk beramal soleh tetapi dapat merubah minda kepada konsep berfikir yang lebih baik dalam melayari ujian kehidupan dunia demi meraih kebahagiaan akhirat kelak.

Bersumberkan hadis yang shahih berkenaan wanita lebih ramai menjadi penghuni neraka kerana itu banyak sekali nasihat yang diberikan dan khusus ditujukan kepada wanita,  dan dalam masa yang sama ada juga khabar dari hadis yang shahih berkenaan mudahnya para kaum wanita menuju ke syurga sebagai dorongan agar tetap bersemangat dan teguh dalam keimanan dan ketaqwaan kepada-Nya.

Buku ini membuat pembaca menilai diri sendiri dan sekaligus memperingati tujuan sebenar menjadi khalifah di muka bumi ini.

Dibentangkan dengan susunan kata yang mudah difahami, ringkas tetapi sarat dengan pengisian yang bermembina. Rugi rasanya jika tak memiliki nashkah ini!

Banyak hal yang perlu kaum wanita teliti dan tidak menganggap remeh hukum syariat yang telah ditetapkan Tuhan. Syariat bukanlah perlu dilihat sebagai mengongkong para kaum wanita justru sebaliknya perlu dilihat dalam konteks yang berbeza iaitu menjaga dan memuliakan mereka.

Raihlah syurga dengan segenap jiwa dan raga, bahagia di dunia hingga ke akhirat yang kekal selamanya.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47