Ulasan Buku : Wanita & Amar Ma’ruf Nahi Munkar

Ulasan Buku : Wanita & Amar Ma’ruf Nahi Munkar

Allah Ta’ala telah mewajibkan Amar Ma’ruf Nahi Munkar kepada umat ini, baik itu dari kalangan lelaki ataupun dari kalangan wanita sesuai kesanggupan mereka dan umat ini tidak akan mencapai kejayaan dan kemuliaan kecuali apabila setiap individu sanggup menegakkannya.

Sangat jarang kita temukan buku yang menerangkan tentang kepentingan wanita dalam mencegah kemaksiatan yang berlaku disekeliling baik dalam kalangan kaum kerabat ataupun masyarakat umumnya.

Buku ini menyelitkan beberapa kisah sebagai pedoman kepada wanita muslimah di zaman modenisasi ini agar menyuntik semangat mereka untuk sama-sama berdakwah di jalan Allah. Kerana wanita adalah madrasah tempat anak-anak membesar dengan itu perlulah berlandaskan acuan yang benar menurut syariat yang telah ditetapkan.

Perkara penting yang perlu diperhatikan adalah sebuah perkara yang diremehkan oleh sebahagian kaum muslimah, padahal setiap muslimah wajib menjauhkan diri dari semua yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya. Kerana sesungguhnya semua kebajikan hanya terdapat dalam meninggalkan keharaman.

“sesiapa saja di antara kalian yang melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya”

(Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim dari Abu Sa’id Al-Khudri (lihat sahih muslim,kitab Al-Iman,bab melarang kemungkaran termasuk iman..hadits no 78(49), I/69)

Seringkali kita hanya mendengar tentang peranan kaum muslimin dalam Amar ma’ruf Nahi Mungkar dengan itu buku ini membawa sedikit kelainan dengan membawakan fakta sejarah tentang peranan besar para kaum muslimah dari kalangan salaf dalam menegakkan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar kepada masyarakat awam, kaum kerabat, sahabat handai, ulama dan para tholibun ilmi dan juga para penguasa.

Mencintai suatu kebaikan itu satu kelebihan manakala menjunjung suatu kemungkaran adalah penganaiyaan terhadap diri sendiri! Jadilah muslimah sejati yang tangguh di medan hawa nafsu, tegas dalam kelembutan dengan penuh hikmah berihtisab secara umum dan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Karya Dr.Fadhl Ilahi ini memuatkan 182 halaman diterjemahkan oleh saudara Abu Muhammad Al-Wunugiri dan diterbitkan olah Pustaka Dhiya’ul Ilmi cetakan pertama pada Rabiul Akhir 1441H/Disember 2019 M.


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca