Ulasan Buku : Terusir

Tidak berlebihan saya mengatakan buku ini perlu menjadi buku mesti baca hari ini. Buku ini cukup nipis, lebih kurang 130 muka surat. Tetapi sangat sarat dengan pengajaran. Ianya bacaan untuk seorang anak, lelaki, wanita, suami-isteri, pendakwah. Pendek kata mesejnya untuk SEMUA.

Mengapa MESTI BACA?

1. Kerana hari ini, ada wanita sedang berjuang meneruskan kehidupan seperti Mariah @ Neng Siti, tidak kurang ramai lelaki yang zalim seperti Azhar, ramai juga anak-anak yang lupa betapa besarnya kasih sayang seorang ibu, dan ramai jiwa-jiwa manusia termasuk saya yang terkadang suka menghukum.

2. HAMKA seorang ulama besar nusantara, tokoh agamawan pada zaman hidupnya melalui sastera dan penulisannya telah melakukan kritik sosial di dalam masyarakat pada ketika itu. Jika musim cerita Nur 2 ini pun berkisar tentang kisah lorong gelap – pelacuran, HAMKA telah terlebih dahulu ‘membela’ wanita-wanita yang berada di lorong gelap ini. Lihat saja bait-bait kata yang diungkapkan HAMKA. Ianya mesej dakwah dan kasih sayang.

3. HAMKA konsisten dengan mesej-mesej dan pesan yang membela wanita di dalam karyanya. Sesuatu yang ‘hilang’ dan ‘sukar’ kita temui pada agamawan hari ini.

4. Membaca buku ini, akan menyedarkan kita adalah lebih mulia tersilap maaf daripada tersilap hukum. Perkara yang semakin hilang daripada jiwa-jiwa insan hari ini.

5. Mariah mengajar kita agar sejauhmana pun kita terpuruk di dalam kepahitan hidup, tetaplah mengharapkan kebaikan yang akan mengakhiri kehidupan kita. Kita perlu berusaha dan tidak putus asa dengan pengakhiran hidup yang baik.

6. Dan betapa kasih dan sayang seorang IBU tanpa syarat tiada terbatas adalah seindah-indah nikmat dan anugerah yang perlu setiap daripada kita sungguh-sungguh hargai.

Novel ringkas yang menggugah rasa dan emosi. Bahan bacaan yang mesti dimiliki. Akhir bacaan pasti dengan linangan airmata.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Noorazlinah Awang
Noorazlinah Awang
Articles: 1