Ulasan Buku : Selfie Hati

“Kalau kau selfie hati kau, adakah kau sanggup menayangnya kepada dunia lantaran kotornya ia ? Mungkin tika kita selfie, edit sikit nampak cantik, hensem dan byk org like lantaran luaran kita yg kelihatan baik. Namun, adakah hati kita secantik wajah kita ? Its easy to take a selfie at the right angel. But Allah look at us from every angel, not just our good side”. 

Begitulah apa yg disampaikan penulis kepada kita apa yg terkandung disetiap sebalik mukasurat di dalam buku ini. 

Cantik dalaman amat penting bg seseorang muslim. Ia amat berkait rapat dgn penjagaan iman di hati. Nak canti luaran boleh tapi pastikan cantik luaran itu seiring dengan cantik dalaman. Akhlak kena sentiasa perbaiki dan iman kena sentiasa dibaik pulih. Pakaian yg terbaik ialah pakaian taqwa. Pakaian yg menutupi tubuh kita dgn perasaan takut akan azab Allah. Ketaqwaan sgt berkait rapat dgn iman. Hayati konsep taqwa dgn ikhlas, in shaa Allah iman kita akan sentiasa terpelihara.Jgn jadikan cantik luaran itu sbg kunci utama dlm hidup kerana ia akan membuatkan kita tidak mempedulikan kepentingan kecantikan dalaman.

Penulis juga ada menceritakan kisahnya bagaimana beliau boleh berubah dari hidup “zaman jahiliah” kpd “zaman hijrah” kemudian jahiliah dan akhirnya betul-betul berhijrah sehingga sekarang . Byk cabaran dan pasang surut dalam iman seseorang tetapi apa yg penting adalah istiqomah, kesabaran dan juga pengaruh pergaulan dari org sekeliling. Pelbagai tips yg diberikan oleh penulis utk mencapai perubahan diri yg kekal dan buku ini sangat sesuai utk org yg inginkan perubahan dlm diri mahupun hidup. 

Kekurangan penulis yg boleh diperbaiki disini ialah gaya bahasa yg disampaikan . Sy lebih gemar membaca buku motivasi keagamaan bukan fiksyen yg mempunyai gaya bahasa teratur iaitu tidak menggunakan bahasa pasar seperti bercakap dgn rakan-rakan dan mencampur adukkan bahasa melayu-inggeris (rojak) dlm penulisan beliau. Walauapapun, isi yg cuba disampaikan penulis sgt memberikan kesan pada diri seseorang dan sy masih seronok lg membacanya .


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nor Shuhada
Nor Shuhada
Articles: 32