Ulasan Buku : Mengapa Muhammad Begitu Cintakan Khadijah?

Ingin saya perkenalkan sebuah buku romantis yang pastinya mencuit hati ramai pasangan, khususnya para wanita. Mana kan tidak kisah percintaan yang begitu agung dalam sejarah islam dan pasti ianya memberi gambaran indah buat para pembaca lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkhawin dan sedang melalui ujian rumahtangga yang sangat mencabar di zaman ini. 

 Rasanya semua wanita mengidamkan sosok lelaki yang sempurna dari segala aspek kehidupan, mempunyai akhlak yang baik bertanggungjawap dan prihatin akan suri hati mereka. Wah, begitulah sosok lelaki idaman bukan? Ayuh kita membedah sedikit naskhah menarik ini untuk tatapan semua!

 Untuk pengetauhan pembaca nashkah ini hanyalah ringkasan, mengandungi 63 muka surat dan berharga RM10 sahaja dan boleh didapatkan di santai ilmu publication. Murah dan pastinya berbaloi! 

 Penulisan yang ringkas, sederhana dan membuai emosi ini perlu dimiliki segera,  rugi rasanya jika tidak menyelitkan naskhah ini dalam senarai buku anda. Menurut penulis,  beliau sudah mengambil masa yang lama untuk menghasilkan tulisan ini dalam bentuk e-book dan di terbitkan pula oleh santai ilmu publication.

 “Ini kisah isteri pejuang yang tidak sempat bersenang dengan kemenangan. Dia bersusah- susah ketika suaminya susah. Isteri yang sangat di cintai.” ( Syihabudin Ahmad : Penulis )

 Banyak kisah menarik di dalam nashkah ini, tetapi yang sangat menarik perhatian saya adalah penulis menjelaskan walaupun secara ringkas tentang umur Khadijah Radhiyallahu’anha ketika berkhawin dengan Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam seperti mana yang umum sedia maklum adalah ketika beliau berusia 40 tahun. Namun menurut penulis dalam penyelidikan beliau ada beberapa riwayat yang berbeza tentang umur Khadijah Radhiyallahu’anha menikah dengan Baginda Shallallahu’alaihi Wasallam iaitu ketika berusia 25, 27, 28 dan 35 inilah perbezaan pendapat para ulama mengenai umur Khadijah Radhiyallahu’anha ketika itu.

 Sekalipun tidak dibahas secara panjang lebar tetapi penulis menyelitkan dalil yang kukuh setiap kisah dan riwayat yang dirungkai, ilmu yang sangat bermanfaat untuk pengetauhan umum!

 kepada para pembaca, saya percaya pasti ramai yang baru tahu dan ingin tahu lebih lanjut lagi bukan? Apa kata anda dapatkan segera buku ini! 

 Sedikit sedutan topik yang pasti menarik untuk tatapan pembaca seperti : 

 • Cinta pertama  : m/s 29

• Kurniaan Anak : m/s 31

• Penguat Emosi : m/s 40

• Kesusahan tanpa bayaran : m/s 46

• Kalung sang kekasih : m/s 53

 Tidak cukup rasanya jika hanya di baca sekali kisah cinta romantis ini, lebih-lebih lagi ianya kisah cinta nyata yang berlaku sudah 1400 tahun dahulu. Kisah mashur junjungan kita Baginda Shallallahu’alaihi Wasallam dengan isteri tercinta Beliau. Semoga lebih ramai pasangan suami/isteri yang menjadikan kisah-kisah terdahulu sebagai tauladan dalam kehidupan yang dilalui bersama. Agar mendapat rumahtangga yang mawaddah wa rahmah insha’Allah.

 Kenangan yang terimbas kembali pasti menghadirkan rindu yang mendalam tatkala mengimbau memori penat jerit bersama isteri yang di cintai. Siapa yang tidak tersentuh dengan kesetiaan dan pengorbanan Khadijah Radhiyallahu’anha kepada suaminya sang utusan Tuhan Sekalian Alam.

 Nashkah ini penulis akhiri dengan kisah sedih yang pasti mengalirkan airmata para pembaca tanpa disedari, kisah cinta penyatuan dua jiwa yang terukir dalam sejarah peradaban manusia. 

 Miliki dan hayatilah kisah romantis ini! Selamat membaca.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47