Ulasan Buku : Manajemen Waktu Para Ulama

Waktu adalah salah satu nikmat yang agung dari Allah Ta’ala kepada manusia. Sudah sepantasnya manusia memanfaatkannya secara baik, efektif dan semaksimal mungkin untuk amal shalih, ramai yang terpedaya sehingga menganggap waktu seperti angin lalu, tidak memiliki peran apapun dalam keberlangsungan hidup mereka. 

Di dalam buku ini, penulis cuba mengetengahkan pola kehidupan para ulama terdahulu sebagai contoh dan panutan untuk umat kemudian, terutama tentang pengurusan waktu mereka yang begitu mengagumkan. 

Para ulama terdahulu benar-benar memaksimalkan waktu mereka untuk ilmu. Sehingga seluruh aktiviti harian dihabiskan dengan mendalami,dan berbagi ilmu tanpa ada masa yang terbuang dengan sia-sia, begitulah sehari- hari mereka sampai ajal menjemput pulang. 

Buku setebal 212 halaman ini menyajikan berbagai kisah para ulama secara ringkas yang memberi inspirasi dan motivasi kepada pembaca khususnya golongan belia iaitu para penuntut ilmu agar tidak berlengah-lengah dan menyia-nyiakan waktu lapang dan masa muda. 

Saya nukilkan serba sedikit nama para ulama yang dimuatkan dalam buku yang ringkas ini antaranya : 

1) Hammad bin Salamah Al-Bashri Al-Bazzaz Al-Khiraqi beliau seorang imam ahli hadits, teladan dan juga Syaikhul Islam lahir pada tahun 91H dan wafat pada tahun 167H diceritakan bahawa beliau semasa hayatnya terlalu sibuk dengan ilmu sehingga tidak pernah dilihat ketawa dan hari-harinya hanya dihabiskan dengan meriwayatkan hadits, membaca dan beribadah. 

2) Imam Abu Yusuf Al-Qadhi atau Ya’qub bin Ibrahim Al-Anshari Al-Kufi Al-Baghdadi Lahir pada tahun 113H dan wafat pada tahun 182H beliau adalah teman dan juga murid kepada Imam Abu Hanifah. Dan beliau juga adalah seorang Qadhi (hakim) di masa tiga khalifah Abbasiyyah, beliau juga digelari sebagai Qadhil Qudhat (hakim agung) bahkan bergelar “Penghulu Hakim Dunia”. 

3) Abu Muhammad Ubaid bin Ya’isy Al-Kufi Al-Mahamili Al-Aththar seorang ahli hadits terbesar wafat pada bulan Ramadhan tahun 229H beliau adalah syaikh kepada Imam Bukhari dan Imam Muslim. Diceritakan bahawa beliau selama 30 tahun tidak pernah makan malam dengan tangannya sendiri kerana terlalu sibuk menulis hadits. 

4) Sasterawan Arab Fath bin Khaqan wafat pada tahun 274H beliau seorang ulama yang cerdas dari kalangan putra-putra raja, diceritakan ia memiliki lemari besar yang menyimpan buku-buku sebagai perpustakaan terbesar. 

5) Imam Ibnu Jarir At-Thabari seorang guru besar ilmu tafsir, ahli hadits dan ahli sejarah. Beliau rahimahullah seorang legenda dalam hal menjaga waktu dan bagaimana mengisinya dengan belajar, mengajar, menulis dan menyusun karya ilmiah. Sehingga karya beliau demikian banyak, diceritakan bahawa beliau menulis tafsir Al- Quran sebanyak 3000 lembaran. Lahir pada tahun 224H dan wafat pada tahun 310H. 

6) Abu Hafsh Amru bin Ahmad bin Utsman Al-Baghdadi seorang juru nasihat yang dikenal dengan panggilan Ibnu Syahin. Beliau juga seorang Hafizh, imam yang banyak mengajar ahli hadits di Irak, lahir pada tahun 297H dan wafat pada tahun 385H. 

Di setiap kisah mereka tersimpan sejuta manfaat ilmu yang tidak ada bandingnya dan akan sentiasa subur dan tidak pernah lenyap, seperti yang diungkapkan oleh Ibnul Jauzi “Kitab tulisan seorang ulama adalah anaknya yang abadi”. 

Seorang penyair berkata : 

عيضي كيلع ام لهسأ هارأو … هظفحب تينع ام سفنأ تقولاو 

Waktu adalah perkara paling mahal yang perlu engkau perhatikan untuk dijaga, tetapi aku melihatnya paling mudah engkau menyia-nyiakannya. 

Semoga dengan kehadiran buku ini mampu menyedarkan dan membuka minda bagi semua golongan masyarakat betapa pentingnya waktu kerana ia adalah bahagian dari hidup yang paling bermakna dan paling mudah dipersiakan. 

Pengurusan waktu para ulama karya Syaikh Abdul Fattah terbitan Maktab Al-Mathbu’at Al-Islamiyyah judul asalnya Qimatuz Zaman ‘indal ‘Ulama’ dan diterjemahkan oleh Abu Umar Basyir dkk boleh didapati secara online di Atsar Online Bookstore dengan harga RM20 sahaja. 


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47