Ulasan Buku : Lathaif Al-Quran Wal Arabiyyah

Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Arab sangat kaya dengan perkataan. Walaupun terdapat sebahagian perkataan Bahasa Arab seakan-akan sama makna dan maksud, namun terdapat perbezaan kecil yang memberi makna yang lebih mendalam. Dengan mengetahui perbezaan kecil ini, kita dapat mentadabburi dan menghayati mesej Al- Quran dengan lebih baik.

Buku yang berjudul Lathaif Al-Quran Wal Arabiyyah ini menghimpunkan sedikit sebanyak rahsia-rahsia kalimah & yang wujud di dalam Al-Quran. Sebagai contoh, apakah

perbezaan استطعوا dan اسطعوا di dalam Surah Al-Kahfi?

(٩٧) فَمَا اسْطَاعُوا أَنْ يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.”

اسطعوا dan استطعوا keduanya bermaksud ‘mereka mampu’ atau ‘kemampuan’. Namun, penambahan huruf ‘ta’ pada kata kedua ialah untuk mengatakan penambahan makna, yakni untuk mengatakan kemampuan untuk menebuk tempok itu memerlukan keupayaan yang lebih berbanding memanjatnya, kerana memanjat tembok lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan menebuk tembok.

Buku ini juga memuatkan pelbagai kiasan dan bidalan Bahasa Arab, kisah jenaka berkenaan ilmu nahwu (tatabahasa) Arab serta kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh ramai.

Bagi saya buku ini sesuai untuk dibaca kepada semua pihak, baik yang ada asas Bahasa Arab ataupun tidak, cuma ada sesetengah bahagian dalam buku ini tidak mahu tidak anda kena ada ada asas nahwu supaya anda dapat memahami apakah perbincangan dalam bab tersebut. Dengan membaca buku ini, anda akan dapati bahawa Bahasa Arab ini sungguh kaya dengan perkataan, dan tahukah anda, unta di dalam Bahasa Arab ada lebih 12 nama dan lebih dari itu lagi sebenarnya.

Begitu juga dengan perkataan lain, seperti tidur. Untuk tidur, Bahasa Arab mempunyai pelbagai kalimah untuk menerangkan tidur yang bagaimana.

Jika anda tertanya-tanya kenapakah kita perlu belajar Bahasa Arab untuk memahami Al-Quran, buku ini mungkin akan memberikan jawapan kepada anda.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Muhammad Abdul Aziz
Muhammad Abdul Aziz

Seorang fisioterapis yang kini melanjutkan pelajaran ijazah kedua dalam bidang pengajian Islam di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Mencintai buku dan menikmati hirupan kopi di hujung minggu sambil membaca buku. Boleh ikuti beliau laman peribadi blog beliau, azizmadani.com

Articles: 5