Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Ibunda Para Ulama

Ulasan Buku : Ibunda Para Ulama

Buku memuatkan 302 muka surat ini membawa pembaca menyelusuri lembaran-lembaran sejarah kehidupan dan kejayaan beberapa para ulama besar dan tokoh berpengaruh di dalam sejarah Islam. Kisah demi kisah dipaparkan dan diulas dengan sangat menarik oleh penulis membuat pembaca hanyut di dalamnya dan tidak ingin berhenti membacanya.

Jangan hanya bercerita tentang kecerdasan Imam Syafi’e, kealiman Sufyan Ats Tsauri, kezuhudan Hasan Al Bashri, dan kesabaran Anas bin Malik, tapi bacalah… Bagaimana ibunda mereka!

Tidak diragukan lagi bahawa Islam merupakan satu-satunya agama yang memberikan penghormatan dan memberi peranan yang sangat besar terhadap wanita, dengan itu para wanita muslimah dimuliakan, dijaga dan dipersiapkan dengan sebaik mungkin untuk memikul tanggungjawap terbesar sebagai pencetak dan pendidik generasi terunggul.

Utsman bin Affan Radhiyallahu ‘anhu pernah berpesan kepada anak- anaknya :

“Wahai anak-anakku, sesungguhnya orang yang hendak menikah itu ibarat orang yang hendak menyemai benih; maka hendaklah ia memerhatikan di mana ia akan menyemainya. Dan ingatlah bahawa (wanita yang berasal dari) keturunan yang buruk jarang sekali melahirkan keturunan yang baik; maka pilih-pilihlah dahulu meskipun sejenak.”

“Di balik seorang lelaki yang agung, ada seorang ibu teladan. Demikian kata orang bijak di zaman dahulu. Jika ada lelaki yang menjadi ulama, tokoh ternama atau pahlawan,maka lihatlah ibu mereka. Kerana ibu berperanan besar dalam membentuk watak dan peribadi seseorang. Ibu adalah madrasah pertama sebelum si kecil mendapat pendidikan di sekolah mana pun. Maka kecerdasan dan perangai si ibu menjadi faktor utama dalam mengukir masa depan sang anak.”

Sungguh benarlah apa yang dikatakan seorang penyair terkenal berasal dari Mesir dalam bait-bait puisinya :

Ibu adalah madrasah 

Yang bila kau siapkan dengan baik

Bererti engkau menyiapkan generasi yang terdidik

Dengan itu tidak hairanlah jika kemunculan tokoh-tokoh penting dan berpengaruh dalam Islam, baik di zaman dahulu mahupun di zaman sekarang, sering dilatarbelakangi oleh sentuhan lembut tangan-tangan para ibunda mulia yang mendidik dan mengolah sehingga menjadi orang-orang yang berjaya. Para ibu tersebut memainkan peranan yang tidak mungkin sanggup dilakukan oleh kaum lelaki.

Amat jarang didapatkan buku yang menukilkan tentang peranan seorang wanita di sebalik kejayaan seorang tokoh, baik di masa lalu mahupun masa kini, buku ini mengumpulkan mutiara hikmah para ibunda yang tercicir dari ratusan biografi para ulama.

Sebagai seorang wanita, isteri dan ibu menyarankan agar buku ini wajib ada di setiap rumah agar ramai wanita muslimah di luar sana yang terinspirasi dengan peribadi dan termotivasi dengan kegigihan para ibunda ulama terdahulu dalam mendidik generasi mereka meraih kejayaan dunia dan akhirat sehingga nama-nama mereka terkenal dan menjadi idola setiap generasi sehingga ke hari ini.

Buku ini di tulis saudara Sufyan bin Fuad Baswedan MA diterbitkan oleh Pustaka Al-Inabah berharga RM23 sahaja dan boleh didapati di aplikasi [email protected] dipage Atsar Online Bookstore.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca